window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k!

Haris · Feb 19, 2021 10:00 AM

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 01

Setelah sekian lama diperam, akhirnya Perodua D55L kini dibuka untuk tempahan. Harga yang diumumkan adalah sebanyak RM 62,500 hingga RM 73,400. Tempahan dibuka pada hari ini, 19 Februari 2021.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 02

Perodua D55L dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2021. Terdapat 3 varian (X,H dan AV) yang akan ditawarkan dengan kit badan Gear Up sebagai pilihan tambahan. Selain itu, Perodua D55L juga telah disahkan dengan trenkuasa enjin 1.0 liter turbo dan padanan transmisi CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 01

Pilihan warna yang bakal ditawarkan adalah Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Di samping itu, 2 warna terakhir yang disebutkan akan hadir dengan warna 2 tona bumbung hitam.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 02

Perodua D55L 2021 bakal menjadi model Perodua pertama yang menggunakan transmisi CVT dan enjin turbo. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tawaran transmisi manual ataupun spesifikasi ‘kosong’ bagi model Perodua D55L, hanya spesifikasi asas sahaja.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 03

Hadir dengan lampu LED sahaja

Perodua D55L akan ditawarkan dengan Perodua ASA untuk semua varian. Malah, spesifikasi paling tinggi model ini menampilkan ciri-ciri L2 Autonomous Driving seperti Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 04

Seperti biasa, Perodua menjamin tahap penggunaan minyak yang rendah pada kesemua barisan produknya. Kadar penggunaan minyak yang didakwa pengeluar adalah sebanyak 18.9 km / liter.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 05

Antara ciri terkini yang ada pada Perodua D55L adalah Adaptive Driving Beam, skrin meter digital TFT 7-inci manakala sistem infotainment berskrin sesentuh 9-inci yang hadir dengan kawalan arahan suara.

Perodua Ativa (D55L) 2021 kini dibuka untuk tempahan, 1.0 turbo, CVT, harga bermula RM 62k! 06

Perodua mengalu-alukan pelanggan untuk hadir ke bilik pameran Perodua dan menempah Perodua D55L. Tawaran terbaru ini memang terlalu menarik untuk diendahkan malah Wapcar.my sendiri mempunyai kejutan dengan model ini. Nak tahu? Ikuti kami di laman Facebook dan kumpulan Facebook Wapcar BM.
 

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda