window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard!

Faisal · Feb 20, 2021 12:00 PM

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 01

Tidak lama selepas tempahan Perodua D55L 2021 dibuka semalam, kami terus dapat pengesahan bahawa ia akan dikenali sebagai Perodua Ativa.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 02

Nama ini telah disahkan melalui salinan risalah jualan yang rasmi. Menariknya, risalah ini juga mendedahkan beberapa spesifikasi mengenai Perodua Ativa. Nak tahu? Mari kita selami sama-sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 01

Bermula di bahagian eksterior, nampaknya Perodua Ativa tampil dengan lampu depan yang sama seperti saudara kembarnya, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Dikenali sebagai Adaptive Driving Beam, lampu ini mempunyai ciri adaptif!

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 02

Selain lampu depan, risalah ini juga menunjukkan reka bentuk lampu belakang LED yang sama seperti kembarnya. Untuk maklumat anda, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize mempunyai trim melintang yang menyambungkan kedua-dua lampu belakang. Uniknya, Perodua Ativa hadir dengan trim tambahan yang berwarna silver pada bahagian tersebut.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 03

Selain itu, risalah tersebut memperlihatkan reka bentuk roda dwi-tona 17 inci yang dibalut oleh tayar Bridgestone.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 04

Pada bahagian dalam, Perodua Ativa nampaknya tampil dengan kluster instrument digital 7 inci yang memaparkan animasi grafik yang sama seperti kembarnya, Malah rekaan corong penyaman udara di bawah skrin infotainment 9 inci jenis berdiri juga kelihatan serupa. Dengan itu, kami yakin bahawa rupa paras interior Perodua Ativa akan kelihatan hampir sama dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat mengenai sokongan Android Auto mahupun Apple CarPlay. Apa yang diperlihatkan pada risalah tersebut hanyalah ciri SmartLink – MirrorLink secara umumnya.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 05

Secara keseluruhan, Ativa bakal menjadi model pertama Perodua yang datang dengan sistem bantuan keselamatan ASA 3.0.

Apa yang lebih menarik ialah pada varian teratas, AV, dimana ia hadir dengan ciri Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert, dan juga Adaptive Cruise Control. Malah, kesemua varian juga dilengkapi dengan ciri Lane Departure Warning & Prevention.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 06

Di samping itu, risalah ini menunjukkan trenkuasa 1.0L turbo dengan transmisi D-CVT. Kadar penggunaan petrol yang rasmi juga didedahkan, iaitu 18.9 km/l – 5.29 liter/100 km.

Perodua Ativa (D55L) 2021: Spesifikasi awal didedah, AEB dan enjin 1.0L turbo + CVT standard! 07

Setakat ini, Perodua belum mengesahkan sebarang maklumat lanjut mengenainya. Tetapi trenkuasa yang sama pada kembarnya mempunyai 98 PS dan 140 Nm tork.

Ikuti kami untuk maklumat lanjut mengenai Perodua Ativa 2021.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda