window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa Hybrid - cuma RM 32k je, jimat serba serbi tapi tak boleh beli!

Haris Β· Aug 5, 2022 10:00 AM

Perodua Ativa Hybrid - cuma RM 32k je, jimat serba serbi tapi tak boleh beli! 01

Secara teknikalnya anda boleh, cuma bukan dalam cara pembelian konvensional. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad baru sahaja mengesahkan bahawa Perodua Ativa hibrid 2022 akan tersedia ditawarkan untuk rakyat Malaysia hanya melalui program pajakan.

Program pemajakan tersebut adalah satu bentuk kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan oleh Perodua untuk mengukur pola penggunaan dunia sebenar model hybrid  oleh rakyat Malaysia dan kebolehterimaan kenderaan hibrid secara amnya.

2022 Perodua Ativa Hybrid in Malaysia

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya 300 unit Ativa hibrid akan disediakan kepada orang ramai dan semuanya diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Unit CBU ini pada asasnya ialah Daihatsu Rocky hibrid dengan lambang Perodua yang diubah.

2022 Perodua Ativa Hybrid Spied in Malaysia

Foto: Shavinish Nash

Secara mekanikal, ia mendapat sistem hibrid 1.2 liter e-Smart yang menghamburkan sehingga 106 PS dan 170 Nm tork. Enjin petrol 3-silinder 1.2 liter kitaran Atkinson berfungsi sebagai penjana (generator) sahaja untuk motor elektrik yang memacu roda hadapan – menjadikannya sistem hibrid siri penuh.

Daihatsu mendakwa penggunaan bahan api terbaik dalam kelas 28 km/L (3.57L/100 km) untuk Rocky hibridberdasarkan ujian WLTC (World harmonised Light vehicle Test Cycles). Sebagai perbandingan, Rocky 1.0 liter turbo bukan hibrid mencatatkan penggunaan bahan api WLTC sebanyak 18.6 km/L (5.37L/100 km).

2022 Perodua Ativa Hybrid in Malaysia Engine Performance

Selain itu, Ativa Hibrid hanya akan ditawarkan kepada pelanggan Perodua di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor melalui jemputan sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang sedang menunggu penghantaran turbo Ativa mereka.

Kenapa hanya 3 bandar? Dato’ Sri Zainal menjelaskan bahawa Perodua berhasrat untuk mengumpul data dari bandar-bandar dengan lalu lintas tinggi. Bukan sahaja untuk perjalanan jarak jauh tetapi juga dalam trafik henti-gerak.

2022 Kuala Lumpur Traffic Jam

Penerima bertuah akan dimaklumkan melalui SMS yang memerlukan mereka untuk menjawab beberapa soalan kaji selidik bagi mengukur minat mereka untuk menyertai program ini.

Sekiranya mereka menerima tawaran itu, mereka akan menerima penghantaran Ativa hibrid.

Bagi mekanisme pajakan, pelanggan akan terikat dengan pelan 5 tahun dengan had perbatuan 100,000 km sepanjang 5 tahun. Bayaran pendahuluan sebanyak RM2,150 diperlukan dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM500.

2022 Perodua Ativa Hybrid in Malaysia Exterior Design

Ia akan menjadi pelan menyeluruh, merangkumi semua yang meliputi cukai jalan, insurans dan kos servis. Pemilik hanya akan dikehendaki membayar ganti rugi untuk komponen yang haus dan lusuh serta kos bahan api.

Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada perjanjian pajakan, bakal pemilik akan dikehendaki bersetuju untuk memiliki sistem telematik kenderaan di dalam Ativa hibrid mereka. Hal ini bermakna, kesemua data kelajuan penjejakan, lokasi, masa penggunaan, masa henti serta karakter pemanduan pecutan dan brek akan dikongsikan bersama Perodua.

Perkara ini adalah amalan biasa dalam program pemajakan kenderaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

2022 Perodua Ativa Hybrid in Malaysia Vehicle Tracking System

Penghantaran dijangka akan bermula pada Q4 2022. Soalan kami kepada anda pembaca yang budiman, adakah anda berminat untuk memiliki Perodua Ativa hibrid atau Perodua secara amnya? Bolehkah anda membayar untuk kereta yang bukan milik anda? 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda