window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya

Faisal · Sep 28, 2022 11:00 AM

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya 01

Setelah sekian lama menjadi spekulasi sejak dilihat di jalan raya kita, Perodua kini sudah mula menyerahkan 300 unit Ativa Hybrid kepada pelanggan Malaysia yang melanggan (tanpa hak milik kekal) iaitu selama tempoh 5 tahun.

Juga baca5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan

Mengenai program ini, perbatuannya dihadkan kepada 100,000 km dan bayaran pendahuluan yang dikenakan adalah sebanyak RM 2,150. Untuk bulanan, mereka hanya perlu bayar RM 500 sahaja. Persoalannya, kenapa pelanggan tidak boleh membelinya langsung?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaLebih 600 warga Malaysia memohon untuk Perodua Ativa Hybrid; stok terkini habis licin!

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya 01

Ativa Hybrid menggunakan motor elektrik berkuasa 106 PS/170 Nm, Enjin petrol 1.2L WA-VEX (82 PS,105 Nm) pula bertugas sebegai penjana untuk mengecas bateri ion litium 4.3 Ah.

Secara amnya, Perodua dalam pelan jangka masa panjang berancang untuk meninggalkan impak besar dan menjual EV kepada pasaran.

Walau bagaimanapun, Daihatsu buat masa ini tiada model EV. EV kei yang ada di Jepun sekarang ini hanya Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X. Selain itu, kos bateri juga mahal dan ia boleh potong stim buat pelanggan Perodua yang mana mereka sudah biasa dengan harga mampu milik.

Disebabkan inilah program langganan Ativa Hybrid hanya bertujuan untuk mengkaji penerimaan pelanggan, keperluan mereka, tabiat memandu dan kos penggunaan (terutama dalam trafik sesak) sebelum Perodua ada ada sebab kukuh untuk ke arah hibrid dan EV. Dalam erti kata lain, Perodua perlu buktikan kes perniagaan ini kepada Daihatsu supaya mereka dapat bantu membangunkan hibrid atau EV buat Perodua.

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya 02

Untuk itu, Ativa Hybrid ini dilengkapkan dengan sistem telematik kenderaan bagi memantau dan mengkaji data pelanggan seperti kelajuan, lokasi, tempoh operasi, pecutan dan karakter brek.

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya 03

Menurut presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, “Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk kami pantau cara penggunaan Malaysia dan data yang diperoleh akan diguna untuk menilai keperluan pelangggan apabila menggunakan kenderaan elektrik nanti”.

Tambah beliau, “Apa yang penting juga adalah manfaat yang diberi oleh Ativa Hybrid terhadap pelanggan sekiranya mereka mengunakannya. Disebabkan ini, kami akan membuat tinjauan untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kami. Segala pelan masa depan untuk jualan ataupun produksi CKD sekalipun akan ditentukan melalui keputusan maklum balas ini”.

Juga bacaAdakah Perodua Ativa Hybrid 'CKD' akan tiba di pasaran? Rakyat jangan terlalu berharap

Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya 04

Selain pelan CKD, program langganan ini juga akan membenarkan Perodua untuk menentukan potensi pelan pemilikan yang lain seperti langganan kenderaan atau bateri yang mana ia boleh mengurangkan lagi kos pemilikan selain meningkatkan permintaan buat kenderaan hibrid dan EV.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia