window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia!

Mersita · Apr 20, 2021 08:00 AM

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia! 01

Gambar hiasan

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Goodyear Malaysia ingin menghangatkan lagi suasana hari lebaran anda dengan promosi dan tawaran istimewa.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata pihak mereka ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan terutama sekali bagi mereka yang mahukan kereta baru dengan memberi peluang untuk memenangi Perodua Ativa! Ada tiga buah Perodua Ativa X yang boleh dimenangi untuk tiga pemenang utama manakala tujuh hadiah saguhati untuk pemenang lain.

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia! 02

Hadiah Perodua Ativa itu nanti akan didatangkan dengan tayar Goodyear Assurance Triplemax 2 terus dari kilang. Tayar jenis ini menawarkan prestasi brek di permukaan basah (wet braking) yang hebat kerana ia dilengkapi teknologi HydroTred untuk pemanduan selamat tanpa mengira cuaca basah atau kering.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Macam mana nak menang? Bermula dari 15 April 2021 sehingga 13 Julai 2021, anda hanya perlu;

1. Membeli sekurang-kurangnya dua tayar Goodyear dari mana-mana kedai peruncitan sah berjenama Goodyear ataupun pengedar sah.

2. Mendaftar secara atas-talian di laman sesawang Goodyear Malaysia’s Worry Free Assurance.

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia! 01

Syarat-syaratnya pula termasuklah:

  • Pelanggan perlu berkebolehan untuk memiliki kereta dan mempunyai lesen memandu sah.
  • Setiap pembelian dua tayar Goodyear asli akan diterima sebagai satu entri. Mana-mana individu boleh menghantar lebih daripada satu entri berdasarkan jumlah tayar yang dibeli.
  • Pelanggan perlu melengkapkan slogan, “I choose Goodyear tyres because…” tanpa melebihi 25 patah perkataan tambahan daripada ayat di atas.

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia! 02

Pemenang akan diumumkan di laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia dan laman Facebook @GoodyearMalaysia. Pemenang juga akan dihubungi secara langsung bagi memungut hadiah yang dimenangi.

Untuk makluman, program Worry Free Assurance oleh Goodyear akan menjamin kerosakan bahaya jalan raya yang sudah tidak dapat dibaiki seperti tayar bocor, koyak, kembang, atau menerusi impak dalam pemanduan biasa di atas jalan yang diselenggara. Dapatkan senarai jenis tayar yang diterima untuk program ini di sini.

Perodua Ativa, tayar PERCUMA dengan peraduan promosi Goodyear Malaysia! 03

Bagi mendapatkan tayar ganti percuma di bawah program ini, pelanggan perlu menunjukkan kad Goodyear Worry Free Assurance atau pendaftaran waranti atas-talian disertai dengan resit asal pembelian serta tayar yang rosak dalam masa 6 bulan selepas tayar berkenaan dibeli dari mana-mana kedai Goodyear Autocare atau Servitekar di Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda