window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur?

Zamil Syaheer Β· Aug 4, 2020 09:46 AM

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 01

Daihatsu tidak memiliki pelan untuk memperkenalkan model sedan di Indonesia, kata jenama kereta No.2 di Indonesia dalam wawancara dengan CNN Indonesia.

Sebelum ini, Daihatsu pernah mempertimbangkan prospek untuk memperkenalkan sedan ke pasaran Indonesia. Pada tahun 2017, model konsep Daihatsu DN F-Sedan telah dipamerkan di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonnesia. ​

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 02

Garis bumbung rendah DN F-Sedan yang hampir seperti coupe pada asalnya digambarkan sebagai sedan empat pintu bajet bergaya yang bakal berkongsi tren kuasa dan platform yang sama dengan Perodua Bezza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan panjang 4.2 meter, DN F-Sedan sedikit panjang daripada Perodua Bezza (panjang 4.15 meter). ​

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 01

Bagaimanapun, anak syarikat Daihatsu dari Indonesia Astra Daihatsu Motor (ADM) telah mengesahkan bahawa projek DN F-Sedan telah dibatalkan.

Pengarah Pemasaran ADM Amelia Tjandra mengatakan kepada CNN Indonesia bahawa respons pengguna terhadap konsep DN F-Sedan tidak cukup baik untuk meletakkan kereta tersebut dalam produksi.

Amelia juga menambah bahawa Daihatsu telah melakukan tinjauan terperinci mengenai permintaan untuk sedan dan menyimpulkan bahawa tidak ada permintaan sedan Daihatsu. ​

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 02

Sayang, kerana idea untuk coupe empat pintu bajet pastinya menarik. Tidak ada model sebegitu di pasaran. Tambahan pula, Daihatsu mempunyai sejarah membuat kereta sporty yang menarik seperti Daihatsu Copen dan juga Daihatsu Leeza Spider. ​

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 03

Daihatsu Leeza Spider. Perodua Kancil convertible tuu.

​Amelia juga menambah bahawa pengguna Indonesia lebih memilih model dan kenderaan 7 tempat duduk dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi untuk mengatasi keadaan jalan yang buruk dan banjir kilat. ​

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 04

Perodua Bezza kekal sebagai satu-satunya sedan yang dibina oleh Daihatsu. Di Jepun, ia menjual beberapa model sedan tetapi semua ini adalah sedan Toyota yang di rebadged.

Berita itu juga secara tidak langsung memberitahu kita bawaha Daihatsu tidak akan mengeksport Perodua Bezza ke Indonesia. Untuk pengetahuan semua, Daihatsu menjual Perodua Axia sebagai Daihatsu Ayla / Toyota Agya di Indonesia.

Perodua Bezza versi Indonesia berdasarkan Daihatsu DN F-Sedan tiada sambutan, bakal terkubur? 05

Eksport tunggal Perodua ke Indonesia adalah Perodua Myvi yang dijual di sana sebagai Daihatsu Sirion. Walaupun menjadi model yang diimport, penjualan Sirion dibatasi oleh pihak kerajaan Indonesia kerana sekatan import.

Itulah juga sebab mengapa Perodua Myvi (Sirion) tidak begitu baik di Indonesia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda