window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu bermula dari RM 680!

Mersita · May 10, 2021 04:00 PM

Perodua Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu bermula dari RM 680! 01

Perodua memperkenalkan Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil, yang menawarkan lebih fleksibiliti, praktikaliti dan nilai kepada ibubapa di Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM 680 di Semenanjung Malaysia dan RM 695 di Malaysia Timur, Perodua Care Seat sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur hingga 12 tahun (atau berat sehingga 36 kg), menggantikan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp Infant dan Toddler sebelumnya yang berharga RM 785 dan RM 975 (harga Semenanjung) masing-masing.

Perodua Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu bermula dari RM 680! 02

Perodua Care Seat warna Biru/Blue

“Perodua Care Seat merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang ke arah tahap keselamatan jalan raya yang lebih tinggi sebagai syarikat yang prihatin dan mengutamakan insan, selari dengan aspirasi kerajaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Untuk keselamatan mereka, kanak-kanak haruslah ditempatkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak sebelum kenderaan bergerak. Dalam mendorong amalan ini, Perodua memperkenalkan produk yang lasak, mudah disesuaikan, selesa, mampu milik dan memenuhi piawaian keselamatan,” tambah beliau.

Perodua Care Seat menggunakan pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04. Ia boleh dipusing menghadap ke depan atau ke belakang dan menampilkan enam posisi baring serta tali keselamatan yang melaraskan diri mengikut kedudukan sandaran kepala.

“Perodua Care Seat lebih jimat kerana kerusi yang sama boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kecil, tanpa perlu bertukar kerusi,” kata Dato’ Zainal.

Baca juga: Apa kegunaan ISOFIX anchor points? Ibubapa wajib tahu cara pasang yang betul!

Perodua Care Seat, kerusi keselamatan kanak-kanak baharu bermula dari RM 680! 01

Perodua Care Seat warna Kelabu/Grey

“Perodua akan terus menyebarkan kesedaran, mendidik dan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kalangan para pelanggan kami.

“Kami berharap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan menjadi satu kebiasaan di Malaysia suatu hari nanti – ini akan membantu mengurangkan kecederaan dan kemalangan jiwa di jalan raya, terutama sekali bagi anak-anak tersayang,” tambah beliau.

Ditawarkan dalam warna kelabu atau biru, Perodua Care Seat didatangkan dengan waranti satu tahun – dua kali ganda tempoh waranti Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak GearUp Infant dan Toddler yang sebelumnya – dan boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua.

Perodua Care Seat kini boleh didapati di semua pusat-pusat jualan dan servis Perodua yang sah di seluruh negara.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda