window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua catat rekod jualan 2022 dengan 26,759 unit kenderaan bulan Mac, gesa pengecualian SST dilanjutkan!

Haris · Apr 5, 2022 11:30 AM

Perodua catat rekod jualan 2022 dengan 26,759 unit kenderaan bulan Mac, gesa pengecualian SST dilanjutkan! 01

Perodua mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama 2022 dengan 61,624 kenderaan telah didaftarkan, menandakan peningkatan sebanyak 6.4% daripada sejumlah 57,909 kenderaan yang dijual antara Januari dan Mac 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, “Kesan daripada Covid-19 dan isu bekalan komponen masih ada, namun kami telah bekerjasama dengan para pembekal dan pengedar kami untuk mengurangkan impak tersebut.”

“Fokus kami kini adalah untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada para pelanggan kami sebelum berakhirnya tarikh pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua catat rekod jualan 2022 dengan 26,759 unit kenderaan bulan Mac, gesa pengecualian SST dilanjutkan! 01

“Perodua turut bersama MAA (Persatuan Automotif Malaysia) dalam rayuan bagi melanjutkan tarikh pengecualian cukai jualan kerana faktor seperti gangguan bekalan semikonduktor global dan kes Covid-19 masih memberi kesan kepada industri,” katanya.

Dato’ Zainal berkata industri automotif, termasuk ekosistem tempatan amat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif (pengecualian cukai jualan) tersebut kerana ia mampu meraih permintaan yang tinggi sekaligus memajukan industri di sepanjang pandemik terburuk ini berlaku.

“Pada masa ini, ekosistem automotif tempatan mulai pulih secara beransur-ansur dan lanjutan pengecualian cukai jualan adalah rangsangan yang diperlukan oleh industri demi pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam tempoh pemulihan,” kata Dato’ Zainal.

Pada Mac 2022, Perodua telah mencatatkan 26,759 kenderaan, peningkatan sebanyak 9.5% berbanding 24,433 unit yang dijual pada Mac tahun lalu . Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan Mac melonjak 53.2% daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada Februari 2022.

Baca: Prestasi UMW Group (Toyota & Perodua) melonjak 20.4%, hampir 25k unit terjual pada Januari 2022

Perodua catat rekod jualan 2022 dengan 26,759 unit kenderaan bulan Mac, gesa pengecualian SST dilanjutkan! 02

Pencapaian jualan bulanan tertinggi Perodua dicatatkan pada Oktober 2021 dengan 27,858 unit didaftarkan.

“Kami menjangka suku kedua 2022 akan menjadi kemuncak bagi industri automotif dimana jenama-jenama lain juga akan menghantar seberapa banyak kenderaan yang mereka mampu dalam tempoh tiga bulan tersebut.”

“Walaupun bekalan cip semikonduktor dan Covid-19 masih mampu mempengaruhi pengeluaran, kami menjangkakan pengeluaran dan pendaftaran akan bertambahbaik. Kami tidak melihat faktor lain seperti konflik antara Rusia dan Ukraine akan memberi kesan yang besar kepada pengeluaran Perodua pada masa akan datang.”

“Berdasarkan faktor-faktor ini, kami akan mengekalkan sasaran jualan 247,000 kami untuk tahun ini,” kata Dato’ Zainal.

Baca: Kenapa banjir besar Shah Alam tak beri kesan pada Perodua seteruk Proton? Ini sebabnya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda