window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip!

Haris · May 18, 2021 04:00 PM

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 01

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dikatakan akan melakukan pencatuan untuk model keluaran mereka. Walaubagaimanapun, momentum jualan dijangka kekal sihat hasil daripada memenuhi tempahan yang tertunggak, pelancaran Perodua Ativa dan kemaskini Perodua Aruz.

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 02

Laporan daripada RHB Investment Berhad menyatakan bahawa catuan pengeluaran tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesan buruk yang tak dapat dijangka dalam tempoh masa panjang. Tambahan pula, gangguan bekalan mikrocip tersebut lebih tertumpu kepada model Perodua Myvi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 01

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang baru dilaksanakan juga memberikan kesan kepada angka jualan Perodua. Angka jualan Perodua pada bulan April turun 17% berbanding bulan Mac 2021. 

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 02

Perodua Ativa yang dilancarkan pada awal bulan Mac 2021 menyaksikan angka jualan Perodua memecahkan rekod tertinggi dengan 24,433 unit sebulan. Bulan April 2021 mencatatkan angka jualan menurun kepada 20,399 unit namun sebanyak 22% model yang dijual adalah Perodua Ativa (4,624 unit).

"Angka ini sedikit di bawah jangkaan, namun pembeli dijangka akan meneruskan pembelian mereka sekali gus memberikan prestasi separuh pertama 2021 yang lebih kukuh.

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 03

"Kami mengekalkan sasaran jumlah penjualan PERODUA kerana yakin minat pembelian akan terus kukuh tahun ini. Ia akan disokong oleh jumlah pesanan, pelancaran model baharu dan kitaran kemaskini model.

"Perodua juga masih mengekalkan sasarannya bagi penjualan dan pengeluaran masing-masing sebanyak 240,000 unit dan 272,000 unit," katanya dalam nota penyelidikan kepada pelabur

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 04

Sebelum ini, Wapcar.my pernah melaporkan bahawa 3 model Perodua kini terjejas pengeluaran akibat daripada gangguan bekalan tersebut. Model yang terjejas adalah Perodua Myvi, Perodua Aruz dan Perodua Alza.

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip! 05

Gangguan bekalan cip semikonduktor bukan sahaja dirasai oleh industri automotif malah kebanyakan industri berasaskan teknologi turut terkena impaknya. Ditambah dengan wabak pandemik Covid-19, masalah gangguan ini dijangka berterusan sehingga tahun 2022.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda