Perodua D55L nampaknya bakal mengambil kesemua perhatian bagi tahun 2021. Sebelum ini, kami melaporkan bahawa terdapat kelewatan dalam pengeluaran bagi Perodua D55L justeru tarikh pelancarannya juga turut ditunda.
Walaubagaimanapun, satu lagi maklumat yang dilaporkan oleh rakan media funtasticko mendedahkan bahawa Perodua D55L bakal hadir dalam 3 varian.
3 varian Perodua D55L adalah varian asas G, varian pertengahan X dan varian paling atas AV.
Funtasticko turut mendedahkan bahawa Perodua D55L bakal hadir dengan kit aksesori Gear Up, seperti mana yang terdapat pada barisan model Perodua yang lain.
Selain daripada kit aksesori Gear Up, Perodua D55L mungkin akan menerima kit Modellista, seperti yang diacah oleh pembekal rasmi kit tersebut iaitu Modellista Malaysia.
Walaubagaimanapun, antara perkara yang lebih menarik lagi adalah carian di laman web MyIPO mendedahkan bahawa Perodua D55L tidak mendaftarkan nama baru sepanjang 2019 dan 2020.
Hal ini memberi kemungkinan bahawa nama yang telah didaftarkan sebelum ini mungkin digunakan oleh Perodua.
Kemungkinan satu lagi adalah, nama sudah dipilih oleh Perodua tetapi pendaftaran hanya akan berlaku selepas pelancaran.
Antara nama yang berkemungkinan adalah Perodua Impax dan Perodua Lasaq. Kedua-dua nama ini sudah didaftarkan bersama-sama tanda nama Aruz, bertujuan untuk mengelirukan media sebelum pelancaran Perodua D38L.
Selain itu, Perodua masih memiliki tanda nama Nautica dan Kembara yang diperbaharui sehingga tahun 2024.
Terdapat juga nama Perodua Ativa dan Perodua Axeda yang didaftarkan bersama-sama dengan Axia dan Bezza sebelum ini.
Jadi bagaimana? Apa nama yang akan digunakan pada Perodua D55L kali ini? Nyatakan di ruangan komen.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X
Upgrade
Add your car
2022 Perodua Ativa H 1.0
2017 Honda HR-V i-VTEC V 1.8
Komen