window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50?

Mersita · Nov 12, 2020 05:00 PM

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 01

Perodua D55L yang dirancang pelancarannya pada awal 2021 boleh jadi satu model Perodua yang dipadatkan dengan kelengkapan baharu julung kali ditawarkan oleh jenama kereta tempatan itu. Ini termasuklah enjin berpengecas turbo dan transmisi automatik jenis CVT.

Di sini kami huraikan semua perkara-perkara yang kami tahu setakat ini tentang model panas Perodua yang terbaru ini.

1. Latar-belakang Perodua D55L

2020 Daihatsu Rocky front three quarter view

Rocky ditunjukkan sebagai SUV tanpa nama tahun lepas

Perodua D55L ialah kod nama bagi SUV segmen B Perodua yang akan datang tak lama lagi. Kod nama D55L mula digunakan di internet untuk merujuk kepada model baru itu sejak bulan Mei 2019 lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2020 Daihatsu Rocky rear three quarter view

Nampak tak ciri-ciri ‘design’ Perodua Myvi?

Kewujudan kereta berkod-nama D55L ini dibuktikan lebih ketara lagi ketika 2019 Tokyo Motor Show dimana Daihatsu mempamerkan sebuah SUV sub-kompak tanpa nama di sana. Ini membuatkan kami yakin yang SUV itu merupakan asas untuk Perodua D55L.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 02

Ia dijual di Jepun sebagai Toyota Raize

Jangkaan kami tepat apabila Daihatsu Rocky dan Toyota Raize disahkan sebagai kereta asas untuk SUV Perodua terbaru yang akan menyusul tak lama lagi.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 03

Tambahan pula, baru-baru ini kami menerima gambar intipan dari salah seorang pembaca kami yang menunjukkan D55L diangkut atas treler.

2. Bila Perodua D55L akan tiba?

2020 Daihatsu Rocky interior

Menurut maklumat yang kami terima, pra-produksi bagi Perodua D55L sudah bermula pada bulan Ogos lepas, dan produksi besar-besarannya dijadualkan untuk bermula pada Disember 2020.

Oleh itu, kita boleh jangkakan yang Perodua D55L akan diperkenalkan sebulan selepas itu, barangkali pada Januari 2021. Tapi, barangkali pandemik COVID-19 akan melambatkan sedikit prosesnya.

3. Enjin apakah yang akan digunapakai oleh D55L?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 05

Enjin 1KR-VET berpengecas turbo dalam Rocky – secara asasnya enjin Axia turbo

Perodua D55L baharu dijangka akan dipadatkan dengan enjin 1.0 liter 3 silinder berpengecas turbo – sama seperti Toyota Raize/Daihatsu Rocky pasaran Jepun sebagai kereta asasnya. Di dalam Rocky/Raize, enjinnya menjana 98 PS dan 140 Nm.

2020 Perodua Turbo Engine

Lagipun, mengambil enjin berpengecas turbo yang dikecilkan tampak seperti langkah yang masuk akal. Ini kerana pada bulan Januari lepas ketika reviu penuh tahunan mereka, Perodua mempamerkan satu tayangan slaid yang menunjukkan pengecilan enjin sebagai trend terkini pasaran sekarang.

Janaan Kuasa
Model Power (PS) Torque (Nm)
Perodua D55L 98 140
Perodua Myvi 1.5 103 137

Oleh itu, ada kemungkinan yang Perodua boleh jadi memadatkan D55L dengan enjin Myvi iaitu enjin petrol 1.5 liter ‘naturally-aspirated’ untuk mengekalkan harga yang mampu-milik.

4. Bagaimana pula dengan jenis transmisi D55L nanti?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 07

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize hanya boleh didapati dengan transmisi automatik jenis CVT

Selain daripada enjin berpengecas turbo yang baru, Perodua D55L juga dikatakan akan menggunapakai transmisi automatik jenis CVT yang baharu – penggunaan pertama oleh Perodua.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 08

Kotak gear automatik 4 kelajuan Perodua yang sudahpun dikenali ramai

Sejak dari dahulu lagi, model-model kereta Perodua memaparkan transmisi automatik 4 kelajuan ataupun manual 5 kelajuan.

5. Adakah D55L akan menerima platform baharu?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 09

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua mengesahkan yang model baharu mereka akan dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) – sama seperti Rocky/Raize.

Platform DNGA ini terbit diadaptasikan daripada Toyota New Global Architecture (TNGA), dibangunkan untuk kenderaan kompak yang mampu-milik.

6. D55L tergolong dalam segmen apa?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 10

Berbeza dengan tanggapan segelintir media, Perodua D55L ialah SUV segmen B – sama seperti Proton X50. Tapi, penjelasannya tidaklah seringkas yang anda sangkakan, dan kami akan jelaskan dengan lebih lanjut di bawah.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 11

Saiz Perodua D55L besar sedikit daripada Myvi, oleh itu ia tergolong dalam segmen B

Daihatsu Rocky/Toyota Raize pasaran Jepun mempunyai ukuran panjang 3,995 mm, lebar 1,695 mm, dan tinggi 1,620 mm. Jarak rodanya pula berukuran 2,525 mm panjang.

Jika dibandingkan dengan Perodua Myvi, Rocky/Raize mempunyai ukuran panjang ekstra 100 mm, tapi kurang 40 mm dari segi lebar berbanding si Myvi. Jarak rodanya juga 25 mm lebih panjang daripada Myvi.

7. Adakah D55L akan diberi kelengkapan keselamatan?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 12

Jika kita lihat kebiasaan Perodua dalam aspek ini, kita boleh katakan yang D55L nanti akan dilengkapi dengan fungsi keselamatan aktif dan pasif dari Perodua, ditambah lagi dengan kelengkapan bantuan pemandu yang moden.

Oleh itu, kita boleh jangkakan yang Perodua D55L akan diberi 6 beg udara, kawalan penstabilan, dan juga suite ADAS ASA Perodua.

Rocky/Raize diberi penilaian ASV++ yang sederhana tahapnya kerana markahnya dianggap lepas hanya sedikit daripada 82 mata yang diperlukan untuk penilaian 5 bintang. Kedua-dua model ini merekodkan jumlah mata yang cukup memuaskan sebenarnya, iaitu 85.7 mata dari 100 mata maksimum.

8. Adakah Perodua D55L akan dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 13

Rocky/Raize pasaran Jepun ada menawarkan Android Auto dan Apple CarPlay, tapi kami tak rasa ia akan ditawarkan di sini

Jauh sekali.

Perodua tak pernah menawarkan Android Auto atau Apple CarPlay pada mana-mana model mereka, dan kami percaya yang model D55L ini nanti belum lagi akan memecahkan tradisi ini.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 14

Smart Link tidak begitu bagus dalam tanggapan kami

Sebaliknya, lebih masuk akal jika Perodua menawarkan integrasi “Smart Link”nya dengan MirrorLink D55L nanti, tapi dengan gelaran lain.

9. Adakah Perodua D55L akan bersaing dengan Proton X50?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 15

Jawapan kepada soalan ini tidak seringkas yang disangka.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 16

Proton X50 diberi ruang kabin yang sangat mewah

Walaupun kedua-duanya model SUV segmen B, Proton X50 jelas menonjol sebagai produk yang lebih berkelas tinggi dan harganya pun turut sama tinggi. Enjin Proton X50 lebih berkuasa berbanding D55L, tambahan pula X50 menonjolkan ruang dalaman yang lebih mewah berbanding Rocky/Raize.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 17

Proton X50 ada ‘sunroof’ lagi

Walaupun kedua-dua model ini banyak bezanya, masih ada lagi yang akan ‘cross-shopping’ dan membanding-bandingkan keduanya. Jurang harga yang boleh disesuaikan antara Proton dan Perodua juga tidaklah begitu besar.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 18

Perodua Myvi dan Perodua AruzPerodua Aruz yang paling mahal dijual pada harga RM 52,697 dan RM 73,226 masing-masing. Inilah had rendah yang boleh dirujuk untuk Perodua D55L nanti.

10. Maksudnya, Perodua D55L nanti akan jadi mahal, lah?

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 19

Tak salah jika kita jangkakan yang Perodua D55L nanti akan dijual lebih murah berbanding Proton X50, tapi harga untuk varian-varian tinggi mungkin akan bertindih dengan Perodua Aruz.

Sebab utama mengapa Perodua D55L akan jadi lebih murah daripada Proton X50 ialah kerana ia tidak semewah X50. Ini juga disebabkan oleh tren kuasa 1KR-VET dan CVTnya yang ‘low spec’ jika dibandingkan dengan dua pilihan enjin X50, termasuklah satu unit ‘direct-injection’ dan kotak gear auto dwi-klac 7 kelajuan.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 20

Segmen sama, tapi sangat berbeza

Janaan kuasa Perodua D55L juga tidak setinggi Proton X50 dengan hanya 98 PS dan 140 Nm. Proton X50 yang lebih mahal boleh didapati dengan dua pilihan tren kuasa dengan janaan 150 PS dan 226 Nm atau 177 PS dan 255 Nm.

Saiz badannya juga lebih kecil daripada Proton X50.

Perodua D55L 2021 – Adakah ia akan lebih murah dan berbaloi daripada Proton X50? 21

Anda mungkin kena tunggu sehingga 6 bulan untuk bawa sebuah pulang

Memandangkan Proton X50 sangat-sangat popular dikalangan pembeli kereta baru, tempoh menunggu buat masa ini ialah sekitar 6 bulan. Bila anda bawa pulang Proton X50 anda nanti, Perodua mungkin sudahpun melancarkan D55L.

Apa-apa pun, konsumer sentiasa mahukan pilihan. Perodua D55L mungkin akan jadi alternatif yang lebih mampu-milik dan bagus untuk anda nanti.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda