window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista?

Haris · Dec 11, 2020 06:00 PM

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 01

Pasaran SUV akan menjadi semakin hangat apabila Perodua D55L dijangka akan hadir pada tahun 2021. Walaupun masih dalam pembangunan, hype untuk Perodua D55L sedang membara apatah lagi model asasnya boleh disesuaikan dengan kit badan Modellista!

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modellista adalah syarikat modifikasi yang terkenal dengan model-model Toyota. Selain daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize (kembar Perodua D55L), kit Modellista sudah banyak menaikkan imej garang pada Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan juga Toyota Estima.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 01

Modellista Malaysia telah memuat naik gambar acah kit Modellista pada Daihatsu Rocky. Mereka nampak berminat untuk membawa kit badan Modellista untuk Perodua D55L.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 02

Toyota Raize Modellista

Jika benar, ini bermakna untuk pertama kalinya, Perodua akan mempunyai pilihan kit badan Modellista. Sebelum ini, kit badan Modellista banyak ditawarkan pada model Toyota, Daihatsu dan Lexus sahaja.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 03

Kit badan Modellista hadir dengan spoiler hadapan dengan lampu LED, skirt sisi dan belakang yang direka semula. Kesemua ini komponen utama untuk bahagian luar. 

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 04

Terdapat juga pilihan tambahan seperti spoiler belakang, ‘kening’ tambahan pada lampu hadapan, jalur krom pada bahagian tengah but belakang, jalur krom pada bahagian pintu, jalur krom aero pada pintu belakang dan tambahan muffler siap dengan set paip ekzos.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 05

Tidak cukup dengan itu, bahagian dalaman juga menerima hiasan metalik pada bahagian penumpang hadapan dan kedua-dua sisi pintu ditambah dengan lampu LED jika pembeli berminat dengan lampu ambien.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 06

Toyota Raize Modellista

Perodua D55L adalah SUV kompak pertama oleh Perodua dan dibangunkan berdasarkan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Model ini merupakan antara model terlaris di Jepun dan masih mengekalkan momentum penjualan yang bagus sejak pelancarannya.

Perodua D55L akan jadi model Perodua pertama dengan kit Modellista? 07

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize juga akan menjengah pasaran Indonesia pada tahun hadapan. Mampukah Perodua D55L menyaingi Proton X50 sebagai juara SUV segmen B? Sama-sama kita nantikan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda