Maklumat berkaitan model Perodua yang akan datang, iaitu D55L, agak susah untuk didapati di mana-mana. Ini kerana mengikut sejarahnya, Perodua sangat berahsia dengan model-model baharu mereka.
Oleh itu, kami dapat juga maklumat tentang garis masa SUV Perodua terbaru ini.
Berdasarkan info yang kami terima, pra-produksi D55L akan berlangsung pada pertengahan bulan September. Produksi besar-besaran Perodua D55L pula akan bermula pada bulan Disember 2020. Ini bermaksud, debut model ini barangkali akan berlangsung sebulan selepas itu, besar kemungkinan pada Januari 2021.
Komen