Tiada keraguan lagi bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang sangat kreatif dan mampu mencapai kejayaan yang sangat besar. Tahukah anda, pemacu USB telah dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri? Kini anda tahu.
Tiada keraguan lagi bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang sangat kreatif dan mampu mencapai kejayaan yang sangat besar. Tahukah anda, pemacu USB telah dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri? Kini anda tahu.
Di antara kita, antara ciptaan rakyat Malaysia yang hebat adalah Perodua Kancil drift ini. Jangan tak percaya - apa yang bakal anda saksikan adalah benar! Kereta kompak ini boleh dan mampu menyaingi kereta-kereta besar seperti Cefiro A31.
Tidak percaya? Tengok ini:
Dibangunkan oleh kru Streetkilla yang berbilang kaum, kereta kei ini mempunyai prestasi yang tidak padan dengan kecik bak kata orang.
Mod yang dilakukan juga sangat unik - mereka menggunakan apa sahaja yang mereka temui sekitar bengkel. Sangat sangat kreatif bagi kami.
Kancil ini dikuasakan oleh enjin turbo Daihatsu L600, dengan transmisi manual empat kelajuan yang pernah menjadi milik Toyota KE70.
Ya, ia menghantar kuasa ke roda belakang untuk mencipta keterujaan drift yang sangat menyeronokkan.
Mungkin, perkara ini tidak masuk akal. Bagaimana mereka menggandingkan enjin kecil itu dengan kotak gear? Bukan itu sahaja, mereka turut menjadikan semuanya berfungsi dengan pacuan roda belakang?
Jawapannya adalah: tugas-tugas modifikasi yang sangat banyak.
Mereka membuat pautan enjin (engine mounting) mereka sendiri dari paip logam, membuat piring penyesuai khas (custom adapted plates) yang dibuat untuk menyesuaikan kotak gear dengan enjin dan melakukan tugas kreatif dengan memposisikan semula tangki minyak.
Pada bahagian dalamnya pula, anda tidak akan menemui apa-apa. Secara fizikalnya, tiada apa yang diletakkan di dalam kecuali tempat duduk, stereng, shifter, brek tangan dan pedal. Siapa yang memerlukan Android Auto ketika enjin anda memekak tanpa sebarang penebat bunyi?
Secara keseluruhan, kami menyukai semua perkara mengenai kru ini. Hal ini menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh rakyat Malaysia apabila kita bersatu dan ini adalah projek yang cukup gila untuk dikenang selama bertahun-tahun yang akan datang.
Di hari cuti ini, tunjukkan sokongan anda terhadap Streetkilla dan ikuti vlog pembangunan kereta mereka di bawah!
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda City Hatchback 1.5 S
Upgrade
Add your car