window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Faisal · Sep 29, 2020 12:14 PM

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 01

Sebagai rakyat Malaysia, kita telah menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi kualiti dan pembuatan produk tempatan.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 02

Dalam aspek pengangkutan, kita memiliki dua jenama kenderaan yang lahir dari tanah air sendiri iaitu Perodua dan Proton. Kedua-dua jenama ini telah gagah bertakhta dalam membantu kehidupan rakyat jelata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 01

Model seperti Perodua Kancil dan Proton Saga telah memberikan peluang kepada masyarakat untuk memiliki kenderaan dengan harga mampu milik. Dengan itu, ia digelar sebagai kereta rakyat.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 02

Untuk pengetahuan anda, kereta rakyat sinonim dengan ciri asas pada sesebuah kereta ekonomi seperti ciri praktikal, tahan lasak, mudah untuk diselenggara, dan berharga mampu milik.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 03

Terdapat pelbagai kereta rakyat yang cukup ikonik seperti Ford Model T, Volkswagen Beetle, dan Mini Cooper. Selain itu, terdapat jenama yang khusus untuk kegunaan rakyat di negara masing-masing seperti Maruti 800 di India dan kereta kei di Jepun.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 04

Di Malaysia, Proton Saga merupakan kereta pertama yang memacukan industri automotif negara. Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), rakyat Malaysia pernah memiliki keraguan terhadap kereta nasional pertama.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 05

Namun demikian, ia mencipta satu keterujaan dalam kalangan mereka seperti yang diberi oleh Proton X50. Dengan harga serendah RM 17,574, masyarakat telah menyerbu bilik pameran EON untuk menikmati kereta pertama negara.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 06

Harga serendah ini sememangnya menyaingi kereta yang laris ketika itu seperti Nissan Sunny 130Y yang berharga RM 23,247. Pada permulaan, Proton Saga didatangkan dengan reka bentuk sedan yang menjadi tren ketika itu. Ia kemudiannya didatangkan dengan reka bentuk hatchback untuk ruang but yang lebih praktikal.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 07

Ketahanan pula tidak menjadi isu kerana ia memiliki teknologi Jepun (tren kuasa daripada Mitsubishi) yang terkenal dengan jangka hayat yang panjang.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 08

Pada tahun 1994, kita menerima sebuah lagi kereta rakyat iaitu Perodua Kancil. Ia dilancarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) untuk merampas takhta yang dimiliki oleh Proton Saga.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 09

Sejak dilancarkan, Perodua Kancil menjadi kegemaran ramai kerana saiz yang kompak memberikan pemanduan yang lebih mudah.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 10

Dengan harga RM 25,000, Kancil merupakan kenderaan yang paling murah ketika itu. Oleh yang demikian, rakyat lebih cenderung untuk menjadikan Perodua Kancil sebagai kereta pertama mereka. Di samping itu, Perodua Kancil turut digunakan oleh sekolah memandu sebagai kereta pandu uji rasmi.

Dengan harga yang rendah, Perodua Kancil juga merupakan kereta yang paling murah untuk dimiliki oleh golongan yang gemar membuat modifikasi kereta.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 11

Sehubungan dengan itu, Perodua Kancil telah menjadi salah satu daripada kereta yang paling laris di Malaysia dengan jualan keseluruhan melebihi 700,000 unit. Proton Saga pula telah terjual sebanyak 1.2 juta unit (termasuk Proton Iswara dan Saga LMST).

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 12

Kedua-dua ikon Malaysia ini telah memberikan manfaat yang berguna terhadap perkembangan masyarakat. Masing-masing menggunakan resepi yang berbeza dalam memberikan fungsi yang sama iaitu kenderaan yang praktikal, tahan lasak, mudah untuk diselenggara, dan berharga mampu milik. Yang manakah kereta rakyat yang sejati tertakluk kepada hati dan jiwa anda.

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati? 13

Pada zaman yang serba moden ini, tidak dinafikan bahawa Perodua Myvi telah menjadi kereta rakyat yang disanjungi kerana ia boleh melakukan semua tugasan dengan baik. Sememangnya pilihan kereta sejati tertakluk kepada pengalaman individu. Pada pendapat anda, yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda