window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan!

Haris · Apr 22, 2021 06:00 PM

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan! 01

Jenama kereta nombor 1 Malaysia, Perodua kekal proaktif dalam mengemaskini maklumat yang berkaitan pelanggan. Dalam suatu dokumen yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my, Perodua mengemaskini laporan sebelum ini di mana pengeluaran beberapa model Perodua terjejas akibat gangguan bekalan cip semikonduktor.

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan! 02

Menurut JH Rozman Jaafar, Pengarah Jualan Perodua, beliau mengatakan bahawa “Pada kebiasannya, jangka waktu tempahan hingga pelanggan menerima kenderaan dapat diselesaikan dalam masa 3 bulan sahaja

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Walaubagaimanapun, disebabkan oleh gangguan bekalan cip semikonduktor yang membelenggu seluruh dunia, jangka waktu ini telah berubah iaitu sekitar 1.5 bulan hingga 4 bulan, tertakluk kepada model, varian dan warna.”

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan! 01

Sebelum ini, Wapcar.my telah melaporkan bahawa 3 model Perodua bakal alami tempoh pengeluaran yang lebih lambat. 3 model tersebut adalah Perodua Myvi, Perodua Aruz dan Perodua Alza.

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan! 02

Dengan kemaskini terbaru ini, model yang tidak disebutkan iaitu Perodua Axia, Perodua Bezza dan pendatang baharu, Perodua Ativa juga berkemungkinan untuk terjejas pengeluaran.

Hal ini kerana, dokumen tersebut tidak menyatakan dengan spesifik model mana yang terjejas, seperti mana dokumen sebelum ini.

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan! 03

Gangguan bekalan cip semikonduktor bukan sahaja dirasai oleh industri automotif malah kebanyakan industri berasaskan teknologi turut terkena impaknya. Ditambah dengan wabak pandemik Covid-19, masalah gangguan ini dijangka berterusan sehingga tahun 2022.

Perodua menjamin ketelusan maklumat dan mutu perkhidmatan yang tinggi dalam menangani masalah gangguan pengeluaran ini.

Bacaan Lanjut:

3 model Perodua hadapi pengeluaran yang lebih lambat, bekalan cip semikonduktor terjejas!

Bekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda