Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu

Mersita · Oct 5, 2020 08:00 PM

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 01

Satu Malaysia tengah ‘panas’ dalam kehujanan gembar-gembur Proton X50 semenjak dua menjak ini. Tapi, ada sekumpulan peminat yang hanya parking tepi dan membiarkan gerombolan peminat X50 mengejar senarai tempahan di Proton kerana mereka masih setia menunggu kedatangan Perodua D55L.

SUV belum bernama ini ialah model yang berasaskan Toyota Raize/Daihatsu Rocky dan ia akan menjadi pewaris SUV lama Perodua iaitu Kembara dan Nautica.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 02

Perodua Kembara sangatlah digemari dan spekulasi kami ialah Perodua mungkin akan menggunakan semula nama ini untuk model D55L produksi tersebut. Suatu ketika dahulu, ia cukup menawan hati rakyat Malaysia dan membuatkan mereka lebih terbuka dengan idea ‘off-roading’ santai.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 01

Perodua Kembara ialah model ketiga Perodua yang diperkenalkan selepas Kancil dan Rusa. Dalam banyak-banyak nama spesis haiwan yang sering digunakan Perodua dahulu, nama “Kembara” sememangnya elok padan dengan kebolehan mengembaranya sebagai SUV 5 tempat duduk yang boleh dibawa ‘off-road’.

Cukup bergaya dalam hutan konkrit

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 02

Kembara adalah model yang berasaskan Daihatsu Terios generasi pertama dan ia mula-mula diperkenalkan pada Ogos 1998. Kembara merupakan kenderaan 4x4 nasional pertama pada masa itu. Ia juga diperkenalkan dengan logo Perodua yang dikenali ramai pada masa itu kerana Kancil dan Rusa diberi logo mereka masing-masing.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 03

Dengan harga bermula dari RM 45,000 untuk varian standard 1.3 EX dengan transmisi manual 5 kelajuan, Kembara sah-sah SUV serba baharu yang paling mampu-milik di pasaran ketika itu.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 04

Pengenalan model ini melahirkan satu generasi baru di kalangan rakyat Malaysia yang mahukan SUV bergaya dan mampu-milik. Pesaingnya paling sengit ketika itu ialah Suzuki Jimny SJ130 yang sudah lama tapi dipercayai.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 05

Kembara dilancarkan dengan 3 varian – EX manual, EX automatik, dan model ‘deluxe’ spesifikasi tertinggi dipanggil ‘GX’ yang hanya boleh didapati dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Kembara ini pula dikuasakan dengan enjin 4 silinder HC-EJ SOHC Daihatsu berkapasiti 1.3 liter yang menjana kuasa 83 PS dan tork 105 Nm.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 06

Perodua Kembara didatangkan dalam 6 warna bergaya apabila ia dilancarkan – merah, putih, perak, dan juga kombo warna dua tona iaitu merah metalik, biru metalik, dan hijau metalik dengan perincian perak di sisi badan kereta, di hadapan dan juga bampar belakang.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 07

Corak kemasan zaman 90-an yang nyata ‘funky’

Rupa bentuknya yang ranggi dan harganya yang mampu-milik membolehkan Perodua merangkul 71% daripada pasaran 4x4 sehingga bulan Ogos 1999 dengan sejumlah 10,888 unit terjual. Pencapaian ini sangat mengagumkan kerana Kembara dilancarkan baru setahun selepas Malaysia dilanda krisis ekonomi dan juga ketika pasaran domestik bagi kenderaan 4x4 semakin merudum pada masa itu.

Mengembara sasa di hutan belantara

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 08

Perodua Kembara ini juga satu kenderaan kegemaran dikalangan komuniti ‘off-roading’. Kredit gambar

Untuk menayangkan kebolehan ‘off-roading’ Kembara, Perodua mengambil bahagian dalam Trans Borneo Expedition pada tahun 1998 dan 1999. Acara 1998 itu agak kecil bagi Perodua dengan hanya 6 buah Kembara yang turut serta dalam ekspedisi tersebut.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 09

Nampak saja comel, tapi sebenarnya ganas

Tapi pada ekspedisi 1999, Perodua menjadi penaja utama bagi acara tersebut dan ia dinamakan sebagai Perodua Trans Borneo Kembara Expedition. Perodua menyertai ekspedisi kali ini dengan 12 unit SUVnya. Acara ini disertai oleh 49 peserta dari luar dan dalam negara, mengembara selama 10 hari dengan jarak perjalanan sejauh 2,000 km dari Kuching ke Kota Kinabalu - melalui laluan yang pelbagai bentuk dan mencabar.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 10

Mereka yang menyertai cabaran ini cukup kagum dengan prestasi enjin 1.3 liternya dan badannya yang kecil yang mampu menawan beberapa halangan mencabar dengan mudah.

Ditambah lagi dengan lebih kuasa

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 11

Ia pernah digunakan oleh PDRM sebagai kereta rondaan tapi malangnya ia tak termasuk dalam senarai kereta polis paling ‘cool’ kami. Kredit gambar

Walaupun Kembara kekal popular dalam pasaran SUV (kerana harganya yang murah dan hampir tiada saingan), ada juga perkara yang kurang menyenangkan bagi model ini – tak cekap minyak, prestasi kurang memuaskan, dan tahap bunyi enjinnya yang bising.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 12

Maka, pada tahun 2003, Perodua melancarkan Kembara DVVT dengan enjin K3-VE 4 silinder 1.3 liter dengan ‘variable valve timing’ yang serba baharu. Ia merupakan salah satu model Perodua pertama yang didatangkan dengan DVVT yang akan menjadi satu lencana kebanggaan bagi model-model yang akan datang.

Penambahbaikan ini menyelesaikan masalah prestasi model Kembara terdahulu dengan memberinya tork ‘low-end’ yang bagus. Janaan kuasa berjaya ditingkatkan kepada 86 PS dan 120 Nm. Bak kata iklannya, inilah dia “masa depan”.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 13

Kredit gambar

Pada tahun 2004, Kembara diberi peningkatan lagi yang digelar sebagai CT Elegance. Ia merupakan model Kembara dengan spesifikasi paling tinggi dan dikemasi dengan kemasan kulit serta warna “Klasik Gold” eksklusif sebagai satu-satunya pilihan warna yang ada. Ia juga diberi ABS dan dua beg udara.

Ia juga dikemasi dengan rekaan gril lebih baru yang seterusnya dibawa ke varian-varian Kembara yang lain yang dipanggil Kembara CT Aero.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 14

Titik penghujung Perodua Kembara ialah pada tahun 2007, dimana produksinya dihentikan setelah 77,889 unit siap dibina. Pada masa itu, pasaran SUV sudah berkembang pesat dan berbeza lanskapnya daripada penghujung 90-an. Bolehlah jika kita ingin katakan yang Kembara memacu kejayaan pasaran SUV di Malaysia walaupun ia dilancarkan ketika kekalutan ekonomi dan sosial.

12 tahun selepas ‘kematian’ Perodua Kembara, Perodua Aruz pula dilancarkan pada Januari 2019 sebagai SUV segmen B 7 tempat duduk. Ia merupakan model Perodua pertama yang dilengkapi dengan suite ADAS ASA 2.0 dan ia dijulang sebagai SUV paling popular di Malaysia pada tahun 2019 - sebanyak 17,989 unit terjual antara Januari dan Julai 2019.

Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu 15

Daihatsu Rocky/Toyota Raize - model asas Perodua D55L vs. Proton X50

Dengan sejarah gemilang Perodua Kembara ini, kami ingin tanya lagi sekali - anda rasa berbaloikah untuk menunggu Perodua D55L dan simpan dulu duit tempahan RM 500 untuk X50? Anda boleh baca pandangan awal kami tentang perbezaan antara Proton X50 dengan Perodua D55L terlebih dahulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru