window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal?

Mersita · Jul 8, 2020 01:00 PM

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 01

Tahun ini, kita bukan sahaja memasuki tahun ke-20 bagi Proton Waja, tetapi ia juga ulangtahun bagi salah satu model Perodua yang paling ‘aneh’ pernah dijual.

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 02

Sebelum kehebatan Myvi terkenal seantero Malaysia, Perodua seringkali dibayangi oleh Proton. Hakikatnya, Perodua dan Proton tidak bersaing secara langsung ketika itu. Matlamat Perodua berfokus pada pemanduan biasa di bandar dengan enjin lebih kecil, dan ini tidak mengganggu jualan Proton.

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 03

Pada masa yang sama, Perodua mempunyai barisan 3 kereta yang ‘simple’ pada tahun 2000. Kancil disasarkan untuk pemandu baru yang masih mentah, Rusa pula untuk kegunaan komersial biasa-biasa manakala Kembara pula untuk mereka yang mahukan kereta ‘off-road’ yang tidak begitu menyerlah. Muncul pula Kelisa pada tahun 2001, dengan sasaran serupa dengan Kancil tetapi dengan sedikit penambahbaikan. Setiap model mempunyai sasaran masing-masing yang tak pening kepala.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 01

Daihatsu Move L900

Bila semua dah ada sasaran yang jelas, bagaimana pula dengan Kenari? Tambahan model yang cukup aneh ini pada mulanya menimbulkan tanda tanya. Hatchback dengan rekaan ‘tall-boy’ ini mula-mula dilancarkan pada bulan Jun 2000 dan model ini adalah berdasarkan Daihatsu Move L900. Ia sememangnya menonjol kerana pada masa itu, satu-satunya saingan Kenari di Malaysia adalah Hyundai Atos.

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 02

Kenari dilancarkan dengan 3 tahap kelengkapan yang berbeza – EX, GX dan EZ. Model EX dan GX didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan manakala EZ pula adalah satu-satunya varian automatik. Hanya satu pilihan enjin yang ada, iaitu Daihatsu EJ-DE DOHC ‘three-pot’ 990 cc.

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 03

Stailing tinggi Kenari sangat praktikal dan menawarkan ruang pandangan yang luas. Kereta pertama penulis ialah Kenari EZS dan kereta ini sememangnya terasa seperti duduk di dalam akuarium. Walaupun ruang dalamannya tidak seluas kereta lain, tetapi pergerakan di dalam kereta agak mudah tanpa banyak gangguan.

Saya memilih kereta ini kerana ketinggian melebihi 175cm dan ia agak selesa. Stereng cuma perlu ditukar kepada yang lebih kecil memandangkan ruang kaki yang sempit. Tetapi, apabila memiliki Kenari, anda pasti terasa ‘gatal’ untuk mengubahsuainya disana-sini.

Memandangkan ia ‘multi-utility vehicle’, kapasiti ruang simpanan di dalam Kenari juga dapat dimaksimakan dengan menurunkan kerusi belakang dan bentuk badannya yang bersegi juga memudahkan lagi proses memuatkan barang. Kenari EZS juga adalah model yang paling ‘mewah’ dimana kerusi, stereng dan lapik sisi pintu dikemasi dengan kulit.

Walaubagaimanapun, rekaan kotaknya membuatkan ia kereta yang tidak berapa stabil dipandu pada kelajuan tinggi. Memandangkan badannya juga tinggi, ‘body roll’ juga amat ketara. Jika enjinnya tidak dinaiktaraf sendiri, Kenari hanya selesa dipandu bawah 100 km/jam.

Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal? 04

Tetapi, Kenari menemui ‘fanbase’ yang agak besar dan ia adalah kejayaan yang agak baik untuk Perodua. Satu facelift dilancarkan pada tahun 2005 dipanggil Aero Sport, dan pada tahun 2006, model RS pula ditawarkan.

Produksi berakhir pada tahun 2009 tanpa pengganti. Tetapi, ‘tuners’ gemar mentransformasikan Kenari mereka kepada Daihatsu Move RS. Ada beberapa rendering yang dibuat untuk memvisualisasikan rupa bentuk Kenari jika ia dilancarkan lagi di kemudian hari, tetapi masih belum ada pengumuman rasmi daripada Perodua setakat ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda