Perodua D55L dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac 2021 ini. Namun apa yang lebih menarik adalah tiada sebarang tanda nama yang didaftarkan oleh Perodua dalam 2 tahun belakangan ini.
Perodua D55L dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac 2021 ini. Namun apa yang lebih menarik adalah tiada sebarang tanda nama yang didaftarkan oleh Perodua dalam 2 tahun belakangan ini.
Hal ini membawa kepada satu maklumat menarik yang didedahkan oleh laman Automachi. Rakan media kami mendakwa nama Perodua D55L bermula dengan huruf A. Malah, kebanyakan laporan media lain turut menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Semakan di laman web MyIPO mendapati bahawa terdapat 3 nama yang didaftarkan Perodua sebelum ini bermula dari huruf A. Tarikh pendaftaran adalah sebelum pelancaran Perodua D38L iaitu Perodua Aruz.
Pemilik hak cipta kadang kala mendaftarkan nama palsu bagi mengelirukan media.
3 nama yang dilihat bermula dengan huruf A adalah Atriva, Ativa dan Axeda. Nama Atriva sudah tidak diperbaharui, menjadikan Ativa dan Axeda masih boleh digunakan.
Baca: Mengapa nama tempatan seperti Kancil dan Kelisa pupus?
Apa yang lebih menarik adalah nama Kembara dan Nautica masih lagi diperbaharui oleh Perodua. 2 nama tersebut telah didaftarkan lebih lama berbanding 3 nama yang disebut sebelum ini. Adakah kita boleh menjangkakan 2 nama tersebut untuk digunakan dalam model Perodua D55L?
Nama bermula dengan huruf A masih lagi sekadar spekulasi jadi nama Perodua D55L akan masih kekal misteri sehinggalah ke tarikh pelancaran. Dengan harga pengenalan serendah RM 60k, mampukah Perodua D55L menjadi model paling hangat tahun 2021?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X
Upgrade
Add your car