window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja!

Faisal · Nov 3, 2020 03:00 PM

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja! 01

Bulan lepas, Perodua mengumumkan bahawa mereka memecah rekod baharu dengan jualan sebanyak 25,035 unit kenderaan. Kali ini, mereka memecah rekod sendiri dengan jualan sebanyak 26,852 unit untuk bulan Oktober.

Ketua pegawai eksekutif Perodua juga berkata bahawa mereka telah berbelanja sebanyak RM 600 juta pada bulan yang lalu untuk pembekalan komponen daripada pihak tempatan.

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkara ini bukan sahaja menjana kebangkitan ekonomi negara setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah syarikat ini juga telah merangsang sistem automotif negara.

Untuk pengetahuan anda, sistem ini meliputi pelbagai sektor seperti pembekalan komponen, pengedar sah, stokis, agensi, dan kontraktor. Selain itu, sistem ini melibatkan institusi kewangan seperti perbankan dan syarikat insuran.

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja! 01

Dari segi pemasangan, Perodua juga mencapai rekod bulanan dimana 98% daripada kapasiti penuh telah digunakan. Kapasiti ini telah menghasilkan sebanyak 26,362 unit kenderaan.

Angka ini merangkumi 8,052 unit Perodua Myvi, 6,738 unit Perodua Axia, 6,895 unit Perodua Bezza, 3,193 unit Perodua Aruz, dan 1,974 unit Perodua Alza. Sebagai tambahan, Perodua Myvi, Axia, dan Bezza adalah kereta yang terlaris di Malaysia.

Perodua menjual 10 kali ganda Myvi berbanding Proton Iriz untuk Oktober sahaja! 02

Sebagai perbandingan, Proton hanya menjual sebanyak 11,392 unit (termasuk jualan eksport) pada bulan Oktober. Model seperti Proton Saga terjual sebanyak 5,069 unit (1,826 unit kurang daripada Perodua Bezza). Perodua Iriz pula hanya terjual sebanyak 713 unit.

Untuk maklumat anda, Perodua kini menawarkan promosi untuk bulan November. Pembeli yang berminat dengan Perodua Aruz akan menerima tebusan tunai sebanyak RM 1,500.

Di samping itu, Perodua juga menawarkan rebat tunai sehingga RM 2,000 untuk kenderaan pra-daftar sehingga 31 Disember 2020. Namun begitu, tawaran ini hanya sah untuk cawangan jualan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda