window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua mulakan tahun 2023 dengan 'gear teratas', jualan Januari lonjak 23% berbanding 2022

Faisal · Feb 8, 2023 03:30 PM

Perodua mulakan tahun 2023 dengan 'gear teratas', jualan Januari lonjak 23% berbanding 2022 01

Perodua sebentar tadi mengumumkan bahawa sasaran 2023 mereka adalah untuk menjual 314,000 unit, merangkumi hampir separuh daripada jualan (TIV) untuk tahun ini. Menariknya, jenama kereta nasional ini memulakan tahun 2023 dengan begitu ‘solid’ yang mana jualan Januari lalu (21,449 unit) menunjukkan lonjakan 23% berbanding bulan sama tahun 2022 (17,444 unit).

Dari segi produksi, perodua pada Januari lepas berjaya mengeluarkan 24,590 unit, naik 40.2% berbanding 17,538 unit yang dihasilkan pada Januari 2022.

Secara amnya, syarikat akan kekal meletakkan fokus untuk memaksimumkan produksi dan pelan penghantaran supaya semua tempahan dapat diserahkan secepat mungkin. Mereka untuk tahun ini menyasarkan untuk mengeluarkan kenderaan sehingga 330,000 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua mulakan tahun 2023 dengan 'gear teratas', jualan Januari lonjak 23% berbanding 2022 01

Ulas Presiden dan CEO Perodua, Dato Sri Zainal Abidin Ahmad, “Januari tahun lepas, terdapat isu bencana banjir, bekalan yang terhad dan kekurangan tenaga kerja. Perkara ini telah menjejaskan produksi dan jualan”.

“Apapun, peningkatan volum produksi dan jualan jelas menunjukkan bahawa ekosistem ini bergerak seperti yang dirancang”.

Secara keseluruhan, beliau memberitahu bahawa Perodua kekal komited dengan matlamat untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan secepat yang mungkin tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatan.

Perodua mulakan tahun 2023 dengan 'gear teratas', jualan Januari lonjak 23% berbanding 2022 02

“Selain meletakkan fokus untuk menyelesaikan tunggakan tempahan, kami akan melancarkan Perodua Axia serba baharu tidak lama lagi untuk mengoncangkan lagi pasaran. Kami percaya nilai yang dibawanya akan diterima baik oleh rakyat”, kata Zainal.

Mengenainya, Zainal mengulas bahawa syarikat telah menukar hampir semua tempahan Axia lama kepada model baru.

Tambah beliau, “Wakil jualan kami telah berhubung dengan pelanggan mengenai apa yang berbeza pada Axia baharu dan kebanyakannya bersetuju untuk menukarnya”.

Juga bacaInilah dia: sekilas pandang Perodua Axia D74A 2023 - lebih besar, selamat, jimat bahan api & selesa!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda