Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis

Faisal · Feb 23, 2021 12:00 PM

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 01

Semalam, negara kita digemparkan dengan rakaman sebuah Perodua Myvi yang meluncur laju bak roket di kawasan simpang tiga.

Kejadian yang berlaku di Bandar Kinrara, Puchong itu melibatkan sebuah van jenis Nissan Vanette yang dirempuh kuat dari belakang.Pada masa yang sama, sebuah Proton Waja di lorong kanan turut terkesan akibat impak yang terlalu kuat oleh Perodua Myvi tersebut.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 01

Malangnya, pemandu van tersebut terpaksa dikejar ke Hospital Serdang kerana mengalami kecederaan di bahagian dalam.

Menurut saksi orang awam, pemandu Perodua Myvi itu terus melarikan diri tetapi tindakannya berjaya ditumpas oleh orang ramai sebelum dilaporkan ke pihak polis.

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 02

Menurut ketua jabatan siasatan Serdang, lelaki yang berusia 26 tahun itu sedang ditahan untuk tindakan susulan.

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 03

Setakat ini, hasil ujian saringan air kencing mendapati bahawa pemandu Perodua Myvi tersebut negatif dadah. Malah, lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 04

Justeru, pihak polis akan menjalankan ujian alkohol sebagai siasatan lanjut.

Perodua Myvi ‘meroket’ langgar van Nissan Vanette & Proton Waja sampai hancur, tewas di tangan polis 05

Buat masa ini, suspek sedang direman mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro Online

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru