window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa?

Haris · May 20, 2021 07:00 PM

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 01

Perodua Myvi, hatchback segmen B kegemaran rakyat Malaysia sudah mula merasai reputasi yang semakin terhakis. Terdapat beberapa ura-ura mengenai ‘King’ ini dan terbaru, ia dikhabarkan akan dikemaskini kepada 3 varian sahaja.

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Automachi, sebanyak 3 varian daripada 6 varian yang ditawarkan sekarang akan digugurkan. Berikut adalah tangga varian dan varian bertanda ❌ bermakna ia akan digugurkan:

Perodua Myvi 1.3L
G MT RM 41,292
G AT RM 43,029
X AT (tanpa A.S.A) RM 44,959
X AT (A.S.A) RM 46,959
Perodua Myvi 1.5L
H RM 50,530
AV RM 52,697

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 01

Punca daripada kemaskini varian ini adalah disebabkan oleh permintaan yang rendah. 2 model terbaru Perodua iaitu Perodua Aruz dan Perodua Ativa tidak lagi menawarkan pilihan transmisi manual, berkemungkinan trend ini telah  berkembang ke model Myvi kerana ia model pertengahan.

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 02

A.S.A penting tapi bukan ciri utama mampu milik

Model 1.3L X dengan A.S.A pula baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020. Nampaknya, varian ini digugurkan kerana posisi harga yang terlalu dekat dengan model 1.5L AV, di mana tinjauan kami mendapati bahawa bayaran bulanan hanyalah berbeza sekitar RM 50 sahaja.

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 03

Selain daripada itu, Perodua Myvi turut dikhabarkan akan menerima kemaskini facelift dan warna merah baharu untuk tahun 2021. Warna merah tersebut adalah warna Red Mica, boleh didapati pada model Toyota (Yaris dan Vios) manakala warna merah pada Perodua Aruz 2021 adalah Passion Red.

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 04

Perodua Myvi generasi ketiga adalah model yang direka oleh bakat tempatan dan telah dilancarkan sejak tahun 2017. Sepanjang tahun 2017 - 2021, tiada sebarang facelift yang ditawarkan selama 5 tahun, hanya kemaskini kecil. Kehadiran pandemik Covid-19 turut menunda beberapa perancangan awal oleh syarikat automotif ini.

Perodua Myvi 2021 bakal dikemaskini kepada 3 varian sahaja, penangan Ativa? 05

Perodua Myvi juga dikatakan sedang dicatu pengeluaran akibat daripada gangguan bekalan cip semikonduktor. Pelanggan dinasihatkan agar bertanya dulu kepada penasihat jualan sebelum membuat pesanan. Adakah gangguan ini disebabkan oleh kemaskini yang akan datang ini?

Bacaan Lanjut:

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip!

Perodua Myvi 2020 kini dengan Bantuan Pemanduan Selamat 2.0, warna baharu!

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda