Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu?
Haris · Mar 9, 2021 06:00 PM
0
0
Perodua Myvi baru sahaja menerima kemaskini warna baharu pada tahun 2020 dengan warna Electric Blue dan tawaran A.S.A 2.0. Walaubagaimanapun, Perodua nampaknya bermurah hati untuk menambah pilihan warna pada Perodua Myvi setahun kemudian.
Dalam sebuah dokumen yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my, Perodua Myvi dilihat bakal menerima warna merah ‘Red Mica’. Warna ini berlainan dengan warna merah yang sedia ada iaitu warna merah ‘Lava Red’.
Tona warna Red Mica dipercayai lebih gelap berbanding warna Lava Red. Setakat ini warna Red Mica dapat ditemui pada model Toyota seperti Toyota Yaris dan Toyota Vios.
Walaubagaimanapun, terdapat 1 lagi perincian mengenai warna terbaru ini. Ia dikatakan hanya boleh didapati pada varian paling atas Perodua Myvi iaitu varian 1.5 AV.
Varian ini menerima tambahan seperti kabin dalaman dengan kemasan kulit, sistem infotainment dengan fungsi navigasi dan pautan Multilink untuk Android, A.S.A 2.0 dan kamera pandang belakang.
Sebelum ini, Perodua Myvi kemaskini 2020 menaiktaraf sistem ADAS Perodua paling terkini A.S.A 2.0 pada 3 varian atas Perodua Myvi. Belum dapat dipastikan sekiranya terdapat sebarang naik taraf untuk Perodua Myvi Red Mica 2021 ini.
Perodua selalunya menampilkan sebarang penambahan atau kemaskini produk sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun. Tahun 2021 memperlihatkan pelancaran Perodua Ativa 2021 baru-baru ini. Adakah Perodua Myvi Red Mica akan menjadi kemaskini produk kedua Perodua dalam tahun ini?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.