window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion

Mersita · Oct 22, 2021 01:45 PM

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 01

Tidak dijangka-jangka, kerajaan Indonesia dikhabarkan telah mengesahkan yang Daihatsu Sirion, iaitu Perodua Myvi import dari Malaysia, akan diberi transmisi automatik baharu jenis CVT menjelang tahun 2022 nanti – menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan yang sedia ada. Adakah ini bermaksud Perodua Myvi baru dengan CVT akan tiba di Malaysia hujung 2021 nanti?

Merujuk kepada pengumuman No.40 untuk Tahun 2021 dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Indonesia berkenaan penyesuaian kiraan cukai kenderaan, dua model tanpa nama dengan kod model M804RS dan akhiran 1.3 CVT telah ditambah ke dalam senarai nilai tergazet untuk kenderaan. M804RS juga ialah kod model bagi Daihatsu Sirion.

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengedar, Astra Daihatsu Motor Indonesia, hanya menjual Perodua Myvi (Daihatsu Sirion) varian 1.3 liter.

Memandangkan Daihatsu Sirion diimport dari kilang Perodua di Rawang, kami yakin yang transmisi baharu jenis CVT ini juga akan digunakan untuk Perodua Myvi pasaran Malaysia.

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 01

Tambahan pula, perkembangan terbaru ini juga mengejutkan ramai pihak. Jika dirujuk sejarah terdahulu, agak mudah bagi kita untuk ramalkan yang kesemua model Perodua akan datang akhirnya akan mengambil perincian terbaru dari model paling baru iaitu Perodua Ativa, termasuklah transmisi D-CVT (Dual-mode CVT) yang lebih ringkas dan sangat diperhalusi.

Lebih banyak kemaskini tentang Dual-mode CVT Perodua/Daihatsu di sini.

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 02

Transmisi 4AT Myvi yang sekarang

Terdahulu, kami membuat spekulasi yang transmisi baharu ini akan dipasang ke dalam Perodua Myvi generasi seterusnya, yang kami ramal akan dilancarkan di Malaysia sekitar tahun 2024 atau 2025.

Baca juga: Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT?

Kini ternyata ramalan ini tidak lagi benar, memandangkan D-CVT baharu ini akan diperkenalkan di dalam model generasi sekarang.

Memandangkan model ini sudah termasuk dalam senarai Kastam Indonesia, ia pastinya akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. ini juga membawa maksud yang Perodua Myvi tempatan kita akan menerima transmisi D-CVT baharu ini dalam masa terdekat, barangkali sebelum hujung tahun ini.

Ingat, Myvi spesifikasi Malaysia dan juga Sirion di pasaran eksport dihasilkan di barisan produksi yang sama di kilang Perodua di Rawang, Selangor.

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 03

Harga Perodua Myvi dengan CVT naik?

Tapi, jangan seronok cepat sangat. Seperti semua kelengkapan baharu, pemasangan D-CVT ini pastinya akan memakan kos lebih tinggi. Bagi Indonesia, nilai gazet Sirion sudah meningkat naik sekitar 5 ke 6 peratus.

Buat masa ini, senarai harga bagi Perodua Myvi automatik 4 kelajuan bermula dari RM 43,029 bagi varian 1.3 liter, dan RM 50,530 bagi varian 1.5 liter.

Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion 04

Katakanlah kenaikan sama dalam harga iaitu 5 ke 6 peratus diaplikasikan untuk Malaysia, maka senarai harga Perodua Myvi baru dilengkapi CVT ini akan bermula dari sekitar RM 45,000 (1.3 liter) dan RM 53,000 (1.5 liter). Dengan pelaksanaan semula SST pada 1 Januari 2022, harganya pasti akan meningkat lagi.

Varian Myvi manual 5 kelajuan akan digugurkan?

Senarai nilai gazet tersebut hanya menunjukkan dua varian berCVT bagi Sirion baharu. Terdahulu, Sirion pasaran Indonesia itu ditawarkan samada dengan kotak gear automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.

Pengguguran model manual tersebut besar kemungkinannya akan dibuat di pasaran Malaysia juga. Antara enam varian Myvi yang ditawarkan di Malaysia, hanya satu varian – 1.3L G – yang manual, dan ia kurang laku di pasaran kereta baru.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda