window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri?

Faisal · Apr 26, 2021 11:00 AM

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri? 01

Pagi semalam, kita dikejutkan dengan trajedi di lampu isyarat simpang empat yang melibatkan sebuah pemilik Perodua Myvi yang diragut nyawanya di tempat kejadian akibat rempuhan yang kuat dari bahagian sisi.

Menurut rakaman dashcam oleh pemandu lain, kemalangan yang berlaku di Muar itu didapati berpunca dari sebuah Toyota Hilux milik seorang lelaki berusia 69 tahun yang datang laju dari belah kanan akibat melanggar lampu isyarat merah.

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tindakan pemandu lelaki itu mengundang padah apabila perbuatannya mencetuskan rempuhan melintang dengan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang ibu yang berusia 41 tahun. Malah, anak perempuannya yang berusia 19 tahun juga mengalami kecederaan parah sehinggakan dikejar ke hospital.

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri? 01

Pada masa yang sama, Toyota Hilux tersebut turut menjejaskan 4 lagi kenderaan yang menunggu di lampu isyarat simpang empat tersebut yang mana ia terdiri dari Nissan Grand Livina, Nissan Urvan, van Ford Spectron, dan sebuah lagi Toyota Hilux. Menariknya, mangsa berwarga asing yang memandu Ford Spectron hijau itu telah melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian. Malah, lelaki tersebut dilaporkan bekerja di Malaysia tanpa sebarang permit.

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri? 02

Kredit: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap.

Walau bagaimanapun, sample darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan sudahpun dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah.

Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux yang langgar lampu isyarat - seorang ibu terbunuh, mangsa larikan diri? 03

Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutn Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda