window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’?

Faisal · Jan 2, 2022 10:00 AM

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 01

  • Perodua Myvi 1.5 AV spec teratas ada ciri yang sama tetapi lagi murah
  • Dengan harga sama, anda hanya boleh dapat Honda City Hatchback 1.5 S
  • Anda pilih kelengkapan yang bagus atau enjin i-VTEC yang lebih padu?

Dua model yang paling dinantikan di pasaran Malaysia untuk tahun 2022, iaitu Perodua Myvi facelift dan Honda City Hatchback telahpun dilancarkan.

Walaupun Myvi kali ini lebih mahal (mencecah RM 60k), ia sebenarnya yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 02

Transmisi D-CVT pada Perodua Myvi facelift.

Dengan penggunaan transmisi baharu D-CVT, Myvi kini lebih laju, lebih senyap dan lebih menjimatkan minyak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaGear S dan B pada kotak gear Perodua Myvi facelift untuk apa?

Ditambah pula dengan Perodua Smart Drive Assist yang menampilkan ciri ADAS yang penuh (varian AV), sistem bantuan keselamatan pada Myvi facelift nampaknya sudah setanding dengan Honda Sensing.

Secara teknikal, Myvi facelift mempunyai kelengkapan yang setaraf dengan Honda City Hatchback dan Toyota Yaris tetapi pada harga yang jauh lebih murah.

Juga baca

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang!

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 01

Dengan penyerahan City Hatchback yang hanya akan bermula pada tahun 2022, adakah berbaloi untuk anda tunggu dan belanja lebih banyak untuk sebuah hatchback yang berlambang ‘H’? Atau jimat sahaja dan beli Myvi facelift?

Apa perbezaan kelengkapan di antara mereka?

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 02

Secara amnya, Myvi facelift dan City Hatchback ditawarkan dengan empat varian.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 03

Harga untuk Myvi bermula dari RM 48k hingga RM 59k. Harga City Hatchback pula berada dalam julat RM 76k hingga RM 88k.

Perbandingan harga
Perodua Myvi facelift Honda City Hatchback
Varian Harga (RM) Varian Anggaran (RM)
1.3 G (PSDA) 47,700 1.5 S 75,670
1.5 X 49,900 1.5 E 83,080
1.5 H 53,900 1.5 V 87,860
1.5 AV 58,800 1.5 RS e:HEV Akan diumum

Kiranya, harga City Hatchback spec paling murah tetap RM 17k lebih mahal daripada Myvi spec teratas.

Mengenai City Hatchback RS e:HEV, harganya akan diumum dalam suku-1 2022.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 04

Apa berbezaan ukuran di antara mereka?

Perbezaan dimensi
  Perodua Myvi facelift Honda City Hatchback

Panjang (mm)

3,895 4,345
Lebar (mm) 1,735 1,748
Tinggi (mm) 1,515 1,488
jarak roda (mm)  2,500 2,600
Berat (kg) 1,025 1,141
Ruang but (liter) 277 289

Walaupun ruang kaki dan kepala dalam kabin Myvi cukuplah luas, City Hatchback tetap lebih besar.

Jarak roda 2,600 mm pada City Hatchback sememangnya memberi ruang kaki belakang yang lebih lapang daripada Myvi.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 05

Dengan meningkatkan ketinggian bumbung dan penggunaan tempat duduk ULTRA, aspek praktikaliti dan jumlah ruang yang ada dalam kabin City Hatchback cukup mengagumkan, walaupun dibandingkan dengan City sedan sekalipun.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 06

Myvi facelift boleh buat konfigurasi tempat duduk seperti ini.

Apapun, tempat duduk belakang pada Myvi facelift juga boleh dikonfigurasikan hampir serupa seperti tempat duduk ULTRA.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 07

Mod 'Tall' pada City Hatchback untuk letak barang tinggi.

Cuma yang bezanya, ULTRA seat ada Tall Mode dimana bangku tempat duduk belakang boleh dilipat ke atas untuk memuatkan barang yang tinggi.

Atas kertas, Myvi tidak kekurangan sama sekali

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 08

Dari segi rupa paras, pengalaman memandu dan prestij, anda semua mungkin tertawan terus dengan Honda City Hatchback. Tetapi kalau dari segi ciri, ia boleh jadi sebaliknya.

Perbandingan mekanikal
Model Perodua Myvi 1.5 AV 2022 Honda City Hatchback 1.5 S 2022
Enjin 1.5L 4 silinder, DOHC, dual VVT-i 1.5L 4 silinder, DOHC, i-VTEC
Kuasa 103 PS 121 PS
Tork 137 Nm 145 Nm
Transmisi D-CVT CVT
Ekonomi (dakwa)  4.7 liter/100km 5.6 liter/100km
Brek D/B Cakera berongga / dram
Suspensi D/B MacPherson / Torsion beam
Stereng Electric Power Steering
Keselamatan 6 airbags, ABS, EBD, stability control, traction control 4 airbags, ABS, EBD, brake assist, stability control
ADAS ASA 3.0, LKA, LDW and Prevention, ACC, Blindspot monitoring, RCTA, AHB -
Infotainment 6.9 inci dengan MirrorLink, Pengecam suara, 4 pembesar suara

Audio standard, Bluetooth, 4 pembesar suara

 

Prestasi – sangat sengit

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 09

Enjin 1.5L i-VTEC yang diguna pada City Hatchback sememangnya mengalahkan Myvi dari segi kuasa dan tork, iaitu 18 PS dan 8 Nm lebih banyak berbanding enjin 2NR-VE.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 10

Namun begitu, City Hatchback tetap 116 kg lagi berat. Jadi, nisbah kuasa-ke-berat untuk Myvi sebenarnya lebih kurang sama: 9.9 kg/PS vs 9.1 kg/PS buat City Hatchback.

Lagi satu, transmisi D-CVT yang dipadankan pada Myvi kali ini telah mempertingkatkan pecutan dan kadar penjimatan minyak dengan begitu ketara sekali.

Dalam ujian kami, Myvi boleh memecut dari  0-100 km/j dalam masa 10.76 saat sahaja (hampir dengan dakwaan Perodua iaitu 10.2 saat). Penggunaan petrol serendah 6.4 liter/100 km juga cukup mengagumkan.

Juga bacaD-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Mengenai City Hatchback, kami belum lagi membuat ujian terhadapnya. Namun Honda mendakwa bahawa ia boleh melalukan pecutan yang sama dalam masa 11.4 saat dan kadar penggunaan minyaknya didakwa pada 6.3 liter/100 km.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 11

Secara kasarnya dari segi prestasi dan penjimatan minyak, City Hatchback dan Myvi facelift cukuplah sengit. Itupun kalau dibandingkan dengan varian 1.5L i-VTEC, bukannya RS yang bertrenkuasa hibrid i-MMD.

Keselamatan – Myvi jauh di hadapan

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 12

Dalam aspek ini, Myvi ternyata lebih hebat.

Secara asasnya, City Hatchback varian S dan E ditawarkan dengan 4 beg udara. Varian V dan RS pula dengan 6 beg udara.

Mengenai Myvi pula, varian bawah seperti 1.3 H dan 1.5 X dilengkapkan dengan 4 beg udara. Varian 1.5 H dan AV pula dengan 6 beg udara.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 13

Tetapi ciri keemasan yang ada pada Myvi facelift adalah ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Istimewa untuk Myvi 1.5 AV adalah ciri tambahan seperti Lane Keep Assist (LKA), Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Pendek kata, sistem keselamatannya sudah di tahap Perodua Ativa.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 14

Ciri BSM pada Perodua Myvi 1.5 AV facelift.

Untuk pengetahuan anda, ADAS Honda Sensing juga ada ciri sebegini tetapi ia dikhaskan untuk varian City Hatchback RS sahaja (mungkin melebihi RM 100k).

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 15

Kamera Honda LaneWatch.

Dengan harga RM 88k, City Hatchback varian V hanya menawarkan ciri Honda LaneWatch yang mana ia menunjukkan pandangan titik buta kiri apabila lampu isyarat dinyalakan.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 16

Bagi kami, LaneWatch lebih berkesan daripada BSM apabila di waktu gelap/hujan. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak boleh menampung ketiadaan ciri AEB dan LKA.

Pendapat WapCar – antara logik atau emosi

Membeli sebuah Honda diibarat sebagai satu pencapaian buat kebanyakan rakyat Malaysia. Di sini sahaja, penambahan RM 17k untuk memiliki lambang ‘H’ berbanding Myvi yang berspesifikasi lagi tinggi sememangnya agak logik.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 17

Apapun, nilai yang dibawa oleh Perodua kali ini tidak boleh ditandingi sama sekali.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 18

Bukan setakat City Hatchback. Dengan RM 60k, ciri keselamatan yang Perodua lengkapkan pada Myvi facelift sebenarnya lebih banyak daripada sesetengah model BMW dan Mercedes-Benz.

Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’? 19

Walau apa jua pendapat dan keputusan anda, Myvi facelift dan City Hatchback akan memberikan pengalaman pemilikan yang mudah dan tidak melecehkan. Nilai jualan semula juga tidak akan menjadi isu kerana Perodua Myvi dan Honda City adalah antara model di pasaran Malaysia yang cukup lambat untuk susut nilai.

Juga bacaHonda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda