window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi "King" atas jalan!

Haris · Dec 31, 2022 08:00 PM

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Sejujurnya, Perodua Myvi generasi kedua merupakan suatu keseinambungan terbaik untuk model generasi pertama yang mengangkat nama Myvi sebagai sebuah kenderaan jimat minyak, mampu milik dan lasak.

Walaupun terdapat sedikit sebanyak konotasi negatif sehingga ada grup di Facebook yang didedikasikan untuk "Myvi buat hal apa hari ini?", ia bukanlah salah Myvi itu sendiri. Dengan jualan 1.4 juta unit sejak pelancaran sehingga tahun 2021, tidak hairan jika segelintir pengguna yang cuai masih dilihat ramai. 

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada Myvi, walaupun ia tidak mempunyai dinamik pemanduan sehebat pesaingnya Proton Iriz, ia tetap menepati aspek lain dalam pembelian kereta.

Untuk itu, panduan kereta terpakai kali ini akan memberi tumpuan kepada Perodua Myvi generasi kedua, lebih dikenali dengan slogan "Lagi Best". Untuk rujukan yang lebih mudah, kami akan melabelkannya sebagai Myvi G2 untuk panduan pembeli.

Perodua Myvi G2 varian dan facelift

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Perodua Myvi G2 telah dilancarkan pada Jun 2011 dengan beberapa facelift sebelum digantikan dengan generasi ketiga pada tahun 2017.

Ia menggunakan platform yang sama dengan Perodua Myvi G1 tetapi dengan peningkatan pada casis serta beberapa kawasan lain yang diperkuat; sesuai dengan nama "Lagi Best". Peningkatan ini termasuk bahan penebat tambahan pada bonet, kad pintu, lantai dan bumbung untuk meningkatkan tahap keselesaan NVH.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Walaupun Perodua Myvi G2 lebih pendek dan lebih rendah, ruang kabin adalah lebih panjang sebanyak 15mm tetapi ia kurang lebar 20mm. Cara paling mudah untuk mengenal pasti Myvi G2 adalah melalui tombol gear automatik yang dipindahkan ke papan pemuka. Hanya model dengan transmisi manual sahaja yang mengekalkan tombol di tengah-tengah, antara dua tempat duduk hadapan.

Satu lagi peningkatan pada Myvi G2 ialah kaca dengan lapisan filem UV yang mengurangkan sinaran UV sehingga 91 peratus, memastikan kabin sejuk dan menghalang plastik kabin daripada haus atau lusuh terlalu cepat.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Di bahagian luar, lampu hadapan kini adalah lampu projektor halogen dengan lampu belakang mendapat gabungan halogen dan LED.

Ketika pelancaran, 3 varian ditawarkan; Standard, Premium dan Elegance.

Kesemuanya dikuasakan oleh enjin 1.3 liter DVVT twin-cam K3-VE yang menghasilkan 91 PS kuasa kuda dan tork 117 Nm. Pilihan transmisi adalah seperti berikut dengan transmisi automatik 4-kelajuan dibawa dari Myvi G1:

  • Standard SX – Manual 
  • Standard EZ – Automatik
  • Premium SXi – Manual
  • Premium EZi – Automatik
  • Elegance SXE dan EZE – Automatik

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Setiap unit menawarkan stereng kuasa elektrik, beg udara berkembar, tali pinggang keledar termasuk untuk semua penumpang belakang dan pautan Isofix.

ABS, EBD dan BA dikhaskan untuk varian Premium dan Elegance dengan varian teratas menerima unit infohibur skrin sentuh 6-inci berwarna dengan navigasi.

Lagi Power, Lagi Best

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Enjin kecil adalah untuk budak budak sahaja dan khabar angin mengenai Perodua Myvi 1.5 liter telah muncul pada ketika itu. Akhirnya, inilah Myvi yang bakal memerintah semua… dan mendominasi huru-hara di atas jalan raya.

Sesuai dengan julukan "King"nya, Perodua Myvi Extreme dan SE hadir pada September 2011 dengan enjin 1.5 liter dan slogan "Lagi Power, Lagi Best".

Kuasa datang daripada enjin 1.5 liter twin-cam DVVT 3SZ-VE. Ramai yang tersalah anggap bahawa ini enjin yang sama dengan Toyota Vios tetapi sebenarnya ia diambil daripada Perodua Alza. Ia menawarkan lebih banyak kuasa pada 103 PS dan 136 Nm tork. Transmisi kekal sama manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Ketika itu pemilik Myvi 1.5 tampil berani serta jalan mengepak, mencabar sesiapa sahaja daripada BMW dan ke atas, dan tiada siapa yang selamat daripada keangkuhan itu.

Sebagai rujukan, Perodua Myvi SE mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 9.98 saat manakala BMW 320i Sport (E90) hanya sedikit pantas pada 9.8 saat. Kini anda faham mengapa inilah permulaan kepada ragnarok jalan raya Malaysia.

Perodua Myvi XT

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Pada tahun 2014, Perodua memperkenalkan varian asas baharu yang dipanggil Myvi XT. Walaupun ia berada di tangga terbawah, ia masih mempunyai lebih banyak ciri kelengkapan berbanding varian asas yang digugurkan, termasuk sambungan Bluetooth dan dua beg udara tetapi masih tiada ABS.

Pada masa yang sama, Perodua secara senyap-senyap menghentikan varian Myvi Extreme manual.

Myvi G2 facelift

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Perodua akhirnya membawa Myvi G2 facelift pada Januari 2015. Ia menyaksikan keseluruhan rangkaian disemak semula dengan 4 varian:

  • 1.3 Standard G
  • 1.3 Premium X
  • 1.5 SE
  • 1.5 Advance (menggantikan Extreme)

Secara mekanikal ia masih sama dengan pra-facelift tetapi transmisi automatik telah digantikan dengan transmisi 4-kelajuan E-AT baharu. Ia menerima penarafan ASEAN NCAP 4 bintang hasil daripada penambahbaikan pada struktur untuk menahan impak hadapan dengan lebih baik.

Varian 1.3 Standard G dan 1.5 SE mempunyai kedua-dua pilihan transmisi tetapi varian 1.3 Premium X dan 1.5 Advance tersedia dalam transmisi automatik sahaja. Ciri keselamatan terdiri daripada dua beg udara, ABS, EBD dan BA.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Gril yang berbeza memudahkan untuk membezakan varian 1.3 dan 1.5. Di bahagian dalam, cangkuk teh tarik kini datang berpasangan di belakang setiap tempat duduk hadapan dan cangkuk anti-kecurian di sisinya.

Dari segi peralatan, varian Standard mendapat radio double-DIN tetapi kehilangan sambungan USB dan Bluetooth XT. Varian Premium menerima kesemuanya dengan MP3/WMA, USB dan Bluetooth. Sebagai varian utama, sistem infohibur multimedia skrin sentuh varian Advance menambah navigasi dan kamera undur.

Varian Myvi G2 yang disyorkan?

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Harga untuk Perodua Myvi G2 tahun 2011 boleh ditemui pada sekitar RM 18,000, yang setaraf dengan Perodua Myvi G1 dari tahun yang sama. Ia mencapai harga maksimum sekitar RM 26,000 untuk unit tahun pertama. Bagi varian Myvi SE atau Extreme dengan enjin yang lebih besar pula bermula pada RM 21,000 dari tahun yang sama.

Bagi harga tahun akhir Perodua Myvi G2, ia bermula pada harga RM 28,000 dan mencecah RM 44,000. Berdasarkan trend, varian atas Perodua Myvi G2 pada tahun terakhir berada pada harga varian permulaan Perodua Myvi G3 dalam tahun yang sama.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Bergantung pada bajet anda dan kemudahan pinjaman, varian yang disyorkan termasuk model pra-facelift ialah varian Premium dan ke atas.

Di samping itu, Myvi XT sebenarnya tidak memberikan perbezaan ketara kerana ia masih ketinggalan dari segi keselamatan termasuk sistem ABS. Harga untuk varian dalam tahun yang sama juga tak banyak berbeza jadi sasarkan varian yang lebih tinggi mengikut bajet anda.

  • 2015 Perodua MYVI X 1.3

    RM 29,300
    RM 321
    /bulan

    92,440 km

    8 years

    Kuala Lumpur

  • 2014 Perodua MYVI EZ 1.3

    RM 24,100
    RM 279
    /bulan

    105,731 km

    9.5 years

    Masai

  • 2014 Perodua MYVI SE 1.5

    RM 31,700
    RM 347
    /bulan

    73,090 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Jika kapasiti kewangan anda membenarkan varian facelift, sasarkan varian Premium dan ke atas juga.

Bagi mereka yang mempunyai roh Dominic Toretto merasuk ke jiwa, enjin 1.5 liter adalah yang lebih disyorkan. Tapi ingat, transmisi manual akan membuatkan anda lebih bergaya ketika menukar gear.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Satu-satunya kekurangan terbesar pada Perodua Myvi G2 terpakai ialah kekurangan teknologi keselamatan seperti kawalan kestabilan kenderaan (VSC). Pada zaman ini, ciri itu adalah satu kewajipan.

Jika dilihat, Perodua Axia 1.0G serba baharu bermula pada harga sekitar RM 35,000 atau varian pengenalan Perodua Myvi G3 pada harga RM 46,000 juga turut mempunyai VSC, adalah tidak berbaloi untuk menggunakan Perodua Myvi G2 yang dikeluarkan pada tahun-tahun akhir.

Masalah biasa Perodua Myvi G2

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Ini Myvi lah. Tahap ketahanan hatchback ini setanding status King-nya. Malah, jika ia tetap juga rosak (jarang berlaku), jangan risau untuk memperbaikinya kerana ia tidak menanggung kos yang banyak.

Namun jika kita tetap mahu mencari kesalahannya, Perodua Myvi G2 masih menemui beberapa kerosakan kecil. Aduan biasa ialah kecenderungan untuk overheat. Hal ini disebabkan oleh termostat yang rosak tetapi mudah dibetulkan pada kos sekitar RM 200.

Beberapa aduan tambahan yang ditimbulkan oleh pemilik ialah bunyi tali sawat yang tidak dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, kes ini sangat jarang berlaku dan boleh jadi hanya kes terpencil.

Konklusi

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Kesimpulannya, tiada masalah dengan Myvi, tanpa mengira generasi. Ia boleh dipercayai, murah untuk diselenggara dan memenuhi keperluan umum untuk sebuah kenderaan.

Walau bagaimanapun, standard untuk kereta baharu telah meningkat untuk ciri keselamatan minimum seperti VSC. Berdasarkan aspek itu, Perodua Myvi G2 tidak mencapai piawaian ini kerana walaupun tiada penawaran VSC walaupun varian atasan - hanya menawarkan ABS dan dua beg udara.

Perodua Myvi G2 terpakai - dari RM 18k, ini panduan nak jadi

Jika anda mempertimbangkan untuk membeli Myvi G2 terpakai, sebaiknya lihat varian pengenalan Perodua Myvi G3 semasa atau Axia varian pertengahan yang sekurang-kurangnya, mempunyai VSC dan berkongsi kebolehpercayaan serta penyelenggaraan kos rendah.

Baca: Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda