window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT?

Haris · Oct 6, 2021 02:00 PM

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 01

Model kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi generasi ketiga telah dilancarkan pada lewat tahun 2017. Berdasarkan kitaran hayat produk ini, generasi keempat berkemungkinan besar akan tiba sebelum tahun 2025.

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 02

Kemas kini di bahagian trenkuasa boleh dijangkakan untuk perubahan generasi kali ini. Oleh itu, desas-desus kuat mengatakan bahawa Perodua Myvi generasi baru akan menerima trenkuasa yang sama dengan Perodua Ativa - langkah terkini dari Perodua?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 01

Selain Alza, semua model Perodua mempunyai suite ASA 2.0 dengan AEB

Pada kebiasaannya, setiap ciri dan teknologi baru yang ditampilkan dalam model mercu Perodua akan diturunkan kepada model lain. Misalnya, suite ASA AEB, lampu LED, dan fungsi start-stop automatik daripada Perodua Myvi telah diturunkan ke model lain seperti Perodua Bezza dan Perodua Axia.

Baca: Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 02

Transmisi D-CVT

Terbaru, model mercu bagi Perodua adalah Perodua Ativa. Hal ini kerana, SUV kompak ini menerima segala-gala yang baru, lebih-lebih lagi dari segi trenkuasa. 

Oleh itu, adalah cenderung bagi Perodua Myvi generasi baru nanti untuk menerima transmisi Dual-Mode CVT (D-CVT) dari Perodua Ativa, di samping enjin 3 silinder turbocaj.

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 03

Enjin Perodua Ativa, 3-silinder 1.0 liter turbocaj 1KR-VET mampu menghasilkan sehingga 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm.

Output kuasa tersebut kurang -5 PS berbanding dengan enjin Perodua Myvi, 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi, namun mempunyai tork yang lebih tinggi (+3 Nm) dan tiba lebih awal (2,400 rpm vs 4,200 rpm).

Baca: Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 04

Gear planetary pada transmisi D-CVT

Tidak seperti transmisi CVT tradisional yang berasaskan tali sawat atau rantai, apa yang membezakan D-CVT adalah daripada kombinasi rantai keluli dan set gear planetary. Set gear planetary ini digunakan untuk melengkapkan rantai keluli bagi memberikan rasa tujahan kuasa yang lebih langsung.

Pada kelajuan rendah, D-CVT berfungsi sama seperti CVT lain - menggunakan tali sawat pada keadaan henti-gerak dan kelajuan yang lebih rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan Dual Mode, ia mempunyai 2 mod untuk sebuah transmisi.

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 05

Ia menggunakan gear planetary melalui klac pada kelajuan yang lebih tinggi

Namun, dari kelajuan sederhana hingga tinggi, pengganding akan bergerak dan daya diarahkan ke set gear planetary, mewujudkan simulasi sensasi penukar tork automatik (torque converter).

Hasilnya, transmisi D-CVT kurang memberi kesan rubber band yang begitu sinonim dengan CVT, serta angka penggunaan bahan api yang lebih baik. Dalam kes Perodua Ativa, Perodua mendakwa bahawa SUV ini menawarkan penggunaan bahan api 5.29 liter / 100 km.

Berapa pantas Perodua Myvi generasi baru akan dilancarkan?

Perodua Myvi generasi baru 2024 bakal terima enjin turbo, transmisi D-CVT? 06

Lama lagi. Ketika ini, Perodua dilaporkan sedang sibuk dengan tugas pembangunan Perodua Alza generasi baru, dengan nama kod D27A. Berdasarkan trend, Perodua hanya akan melancarkan 1 model kemas kini dan 1 model baru (Perubahan model penuh, FMC) dalam satu tahun sahaja.

Baca: Lagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda