Pilihan 'varian berprestasi tinggi' oleh pengeluar sememangnya menjadi kegemaran sesetengah pembeli prospek. Sebelum ini, terdapat banyak minat mengenai Perodua Myvi dengan kelengkapan Gazoo Racing. Walaubagaimanapun, Perodua Myvi GR yang lebih realistik mungkin bukan seperti apa yang anda bayangkan.
Sebuah ciapan di twitter oleh Mr Kuruma memberikan gambaran yang lebih jelas dan realistik terhadap Perodua Myvi GR. Hal ini kerana 2 generasi Perodua Myvi sebelum ini diasaskan oleh Toyota Passo / Daihatsu Boon manakala Perodua Myvi generasi ketiga menerima rekaan anak watan yang jauh lebih menarik.
Toyota Passo / Daihatsu Boon yang digambarkan dengan talaan Gazoo Racing lebih realistik dan boleh disesuaikan di seluruh dunia, seiring dengan tujuan utama ia direka; populariti global.
Beberapa model Toyota sudah pun menerima lambang GR dan telah disasarkan untuk pasaran Malaysia. Antaranya adalah Toyota GR Yaris dan Toyota Vios GR. Ingin tahu apa perbezaan lambang GR di hadapan atau belakang model? Baca artikel selanjutnya di sini.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA
Upgrade
Add your car