![Perodua Myvi potong tak lepas, bertembung treler di Bentong-Raub. 4 maut 01]()
Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang guru wanita bertembung dengan sebuah treler dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Bentong-Raub, pada kira-kira 4.10 pagi semalam.
Pemandu kereta Myvi terbabit, Marlianna Abdul Muid (37), bersama adiknya, Marlia Abdul Muid (36), meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan cedera parah.
![Perodua Myvi potong tak lepas, bertembung treler di Bentong-Raub. 4 maut 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Dua kanak-kanak yang berada di dalam kereta berkenaan turut terkorban. Mangsa kanak-kanak dikenalpasti sebagai anak lelaki Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin (9) dan juga anak saudara Marlia, Muhammad Aisy Harraz Aziz (7).
Kedua-duanya meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Bentong kira-kira jam 6.30 pagi yang sama.
![Perodua Myvi potong tak lepas, bertembung treler di Bentong-Raub. 4 maut 01]()
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil siasatan awal mendapati keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menuju ke rumah mereka di Banting, Selangor.
![Perodua Myvi potong tak lepas, bertembung treler di Bentong-Raub. 4 maut 02]()
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung treler dari arah bertentangan.
"Insiden itu menyebabkan keseluruhan bahagian hadapan kereta mangsa remuk, manakala treler pula mengalami kerosakan kecil. Pemandu treler juga mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
![Perodua Myvi potong tak lepas, bertembung treler di Bentong-Raub. 4 maut 03]()
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.
Sumber berita: Berita Harian
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen