window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini?

Faisal · Oct 15, 2020 05:00 PM

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 01

Perodua Kembara telah menjadi ikon negara kerana ia cukup laris. Untuk itu, Perodua berhasrat untuk menyambung kejayaan tersebut melalui Perodua Nautica. Tanpa sebarang permasalahan teknikal, ia telah menjadi model Perodua yang paling teruk dari segi jualan.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 02

Sebelum kami merungkai punca sebenar, mari kita ikuti sejarah kereta "nasional" yang bermula sejak tahun 1985.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 01

Sekiranya anda mengikuti sejarah automotif di Malaysia, anda mungkin mengetahui bahawa syarikat Proton dan Perodua memiliki keistimewaan dimana mereka boleh memasarkan harga yang lebih rendah berbanding jenama import yang lain.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 02

Lihatlah perbezaan harga Proton Wira dan Toyota Corolla pada tahun 1996

Perkara ini telah mendapat kecaman dimana rakyat Malaysia yang ingin memiliki kenderaan hanya mampu membeli jenama tempatan. Keistimewaan ini juga menjadi punca akan sesetengah kereta yang berharga lebih tinggi daripada sepatutnya.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 03

Kembali ke Perodua, Kembara terasa usang. Walaupun dengan pembaharuan melalui enjin K3-VE DVVT, SUV kompak ini telah menghampiri usia 10 tahun. Oleh itu, Perodua sekali lagi bekerjasama dengan syarikat Daihatsu untuk membangunkan pengganti Perodua Kembara berdasarkan Daihatsu Terios.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 04

Pada Mei 2008, Perodua merasmikan model Nautica. Untuk maklumat anda, ia merupakan saudara kembar Daihatsu Terios tetapi dengan jarak roda yang pendek. Malah ia turut berkongsi tren kuasa dengan Daihatsu Terios melalui enjin 1.5L 3SZ-VE yang menghasilkan 109 PS dan 141 Nm tork.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 05

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang berpacuan 4 roda.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 06

RM 90,000 untuk sebuah Perodua??!

Diimport sepenuhnya dari Jepun, ia berharga RM 89,900. Harga sebegini menjadikannya sebagai kenderaan Perodua yang paling mahal pernah dijual. Namun demikian, ketua syarikat Perodua yakin bahawa mereka boleh menjual sebanyak 200 unit sebulan.

Namun begitu, ia mendapat sambutan yang hambar kerana RM 90,000 untuk sebuah Perodua telah menimbulkan keraguan dalam pasaran.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 07

Tambahan pula, Toyota Rush mempunyai 7 tempat duduk dan ruang yang lebih baik. Dengan harga yang sama, sudah tentu pembeli akan memihak kepada Toyota Rush.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 08

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 489 unit Perodua Nautica telah terjual tetapi penjualannya diberhentikan setelah berada dalam pasaran selama 1 tahun.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 09

Menurut Perodua, hal ini berikutan kerana Approval Permit (AP) untuk mengimport Nautica dari Jepun sukar untuk diperoleh. Jika Perodua berupaya menyambung jualan sekalipun, amat sukar bagi Nautica untuk mendapat sambutan yang menggalakkan.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 10

Dari sudut lain, Perodua Nautica mungkin mendapat bahagian pasaran yang lebih baik sekiranya ia dipasang tempatan (CKD). Secara teknikal, Perodua Nautica dibina dengan baik dan memiliki saiz yang cukup kompak untuk dipandu. Menariknya, Perodua Nautica memiliki nilai jualan semula yang lebih tinggi berbanding Toyota Rush kerana ia lebih “rare”.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 11

Walau bagaimanapun, Perodua telah mempelajari sedikit sebanyak daripada penghasilan Perodua Nautica yang lalu. Hal ini terbukti apabila Perodua Aruz berharga RM 20,000 lebih murah berbanding Toyota Rush.

Perodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini? 12

Kini, Perodua sedang giat membangunkan model D55L. Dengan harapan untuk memberikan kejayaan yang sama seperti Perodua Kembara, ia akan memasuki pasaran SUV yang jauh lebih sengit berbanding sebelum ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda