window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat

Haris · Aug 16, 2022 03:00 PM

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 01

Perkongsian antara Perodua dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk membantu vendor alat ganti automotif tempatan mendigitalkan proses kerja mereka kini membuahkan manfaat dalam bentuk kecekapan yang lebih baik.

Hal ini seterusnya membolehkan vendor menjadi lebih berdaya tahan dalam tempoh tidak menentu peningkatan kos bahan mentah ini, kata Perodua.

Bercakap pada majlis pelancaran Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata “Projek ekosistem digital MIDA-Perodua telah memberi impak dengan tiga syarikat pertama yang dinyatakan sebelum ini (LSF Technology, J.K. Wire Harness, Autoliv Hirotako) yang berada dalam projek perintis pada tahun 2020, dan telah melihat peningkatan dalam operasi mereka.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 01

Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad (kiri) bersama CEO MIDA Datuk Arham Abdul Rahman

Beliau menambah, “Sokongan yang diberikan oleh MIDA adalah penting kerana program ini mengurangkan sebarang keperluan untuk peningkatan kos akhir, di mana ia akan dipindahkan kepada pembiayaan pelanggan dan pada masa yang sama membantu menguruskan kesan kenaikan harga barangan.

"Kami sedang menghadapi situasi yang sangat sukar sekarang. Kenaikan harga bahan mentah contohnya, adalah sangat hebat – harga keluli, bahan plastik, dan sebagainya – namun untuk sepanjang tahun ini, kami dengan penuh yakin tidak akan memindahkan sebarang kenaikan harga kepada pelanggan.

“Perodua akan menyerap sebarang kenaikan harga, dan cara kami menguruskan ini adalah antara kami dan vendor. Beberapa vendor perlu disokong oleh kami, menyokong dalam konteks ini bermakna kami perlu memastikan mereka akan dapat bertahan dalam perniagaan mereka dan terus menjadi pembekal kepada kami.

"Jadi sebagai sebuah syarikat kereta nasional yang bertanggungjawab, adalah menjadi visi kerja kami untuk memastikan semua vendor kami yang menyertai program ini, atau sebenarnya mengambil bahagian dalam sistem rantaian bekalan Perodua, akan disokong dan akan dibantu oleh Perodua akhirnya.”

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 02

Perodua pada Januari berkata harga keluli telah meningkat sebanyak 20 peratus pada 2021, dan peningkatan 10 peratus lagi dijangkakan untuk sepanjang 2022. Bagaimanapun, syarikat itu dengan tegas berkata bahawa ia tidak akan memindahkan kenaikan kos kepada pelanggan.

Ini bukan mudah dan saingan seperti Proton telah pun mengumumkan kenaikan harga, lebih tinggi daripada harga pengecualian pra-SST.

Baca: Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 03

Oleh kerana skala industri pembuatan tempatan kami yang agak kecil, banyak vendor alat ganti tempatan masih menggunakan proses manual yang intensif buruh dan tidak mempunyai keuntungan yang banyak untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.

Projek transformasi digital MIDA-Perodua bertujuan untuk mendorong vendor ini menggunakan proses automatik dan digital yang lebih cekap.

Sesetengah vendor kini telah meletakkan proses Industri 4.0 yang disambungkan dengan Internet ke dalam kilang mereka, di mana satu vendor telah membangunkan proses berasaskan AI pengecaman imej ke dalam kilangnya.

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 04

'Kanban' atau sistem pengurusan kawalan proses visual secara tradisional kini dikemas kini dengan alat pemantauan digital

Walaupun projek ini dimulakan antara Perodua dan MIDA, vendor bebas untuk berkongsi pengetahuan yang diperoleh ini untuk melakukan lebih banyak kerja untuk pelanggan mereka yang lain, termasuk Proton, Toyota dan Honda - nama besar lain dengan kehadiran pembuatan tempatan di sini.

Rasionalnya ialah Perodua memerlukan vendor untuk berkembang maju supaya ia boleh mendapatkan lebih banyak alat ganti buatan tempatan daripada mereka tetapi adalah tidak realistik untuk mengharapkan vendor untuk berkembang maju dengan membiarkan mereka bergantung secara eksklusif pada kontrak perniagaan Perodua sahaja.

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 05

Program transformasi vendor akan berjalan selari dengan inisiatif Transformasi 3.0 dalaman Perodua, yang juga dikenali sebagai projek Perodua Smart Build, yang bertujuan menjadikan Perodua sebagai pusat R&D yang mencukupi, menyumbang sebagai hab pembangunan produk serantau untuk Daihatsu dan Toyota.

Pelancaran terbaru Perodua ialah Perodua Alza 2022, yang menawarkan lebih banyak ciri berbanding sebelum ini sebenarnya telah turun harga.

Bayangkan, ia mempunyai ciri seperti transmisi CVT yang lebih jimat minyak, 6 beg udara, brek kecemasan AEB, Lane Departure Warning and Prevention, ESC, lampu hadapan LED dan corong penyaman udara penumpang belakang - kesemuanya belum tentu ada pada model generasi sebelum.

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 06

Sebagai perbandingan, Perodua Alza generasi dahulu yang tidak memiliki ciri-ciri ini, berharga RM 62,690 (dengan SST) untuk spesifikasi tertinggi varian 1.5 AV. Kini, varian Alza 1.5 X paling murah dijual pada harga RM 62,500.

Sudah tentu, Alza sebelum ini bermula pada harga yang jauh lebih rendah RM 51,490 tetapi itu bukanlah perbandingan yang adil kerana Alza generasi baharu kini didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan dan umurnya sudah melebihi 10 tahun ketika masih dijual.

Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat 07

2023 Toyota Vios, dikenali dengan nama Yaris Ativ, juga merupakan sebahagian pembangunan drpd Perodua

Perodua juga sudah menunjukkan tanda-tanda positif dengan turut sama dalam pembangunan Toyota Vios D92A 2023. Model itu eksklusif untuk Toyota dan tidak akan dijual oleh Perodua, namun kembar hatchback Vios iaitu Yaris generasi baharu dijangka akan dijual sebagai Perodua Myvi.

Baca: Toyota Yaris 2023 gen baru bakal jadi Perodua Myvi DNGA 'rebadge' baru

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda