window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023!

Haris · Feb 7, 2023 10:00 AM

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 01

  • 25 peratus kapasiti pengeluaran akan diambil oleh Perodua Axia D74A 2023
  • 330,000 unit kenderaan akan dihasilkan di dua kilang Perodua di Rawang
  • Sekitar 6,600 unit Toyota Veloz akan dihasilkan untuk 2023

Perodua mempunyai dua anak syarikat pengeluaran kenderaan di Malaysia, mengendalikan dua kilang di Rawang iaitu Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB) dan Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB).

Kedua-duanya diuruskan oleh Daihatsu Motor melalui syarikat induk Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. (PCSB), 41 peratus dimiliki oleh Daihatsu, 10 peratus oleh syarikat perdagangan gabungan Daihatsu, Mitsui & Co., dengan bakinya dimiliki oleh Perodua.

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu sendiri adalah anak syarikat milik penuh Toyota Motor dan terdapat perjanjian pembuatan kontrak yang mantap di mana Daihatsu menerajui pembangunan model yang dibina untuk memenuhi keperluan khusus rantau ini (Eco Car di Thailand dan LCGC di Indonesia), menghasilkan dan menjualnya kembali kepada Toyota.

Ini dilihat sebagai cara yang lebih cekap dan kos efektif untuk membangunkan lebih banyak produk.

Di Malaysia, Perodua mengeluarkan Toyota Rush dan Toyota Veloz di kilang PMSB, yang turut mengeluarkan Perodua Aruz dan Perodua Alza.

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 01

Menurut strategi pengeluaran Perodua yang dibentangkan semasa taklimat Tinjauan 2023 syarikat itu, hanya 3 peratus daripada 330,000 unit kenderaan yang dihasilkan akan diperuntukkan kepada UMW Toyota Motor, merujuk kepada Toyota Rush dan Toyota Veloz.

Toyota Rush adalah model jualan perlahan dan sudah berumur, justeru dijangka kurang 1 peratus output pengeluaran akan diperuntukkan untuk menghasilkannya.

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 02

Dengan mengandaikan bahawa Toyota Veloz akan mengambil baki 2 peratus, ini bermakna jualan untuk Toyota Veloz untuk 2023 akan dihadkan pada sekitar 6,600 unit, atau 550 unit sebulan.

Berbanding jumlah pengeluaran Perodua Alza yang dirancang sebanyak 36,300 unit, ini bermakna Alza dijangka menjual sekitar 5.5 kali lebih banyak daripada Veloz.

Sudah tentu, sasaran jumlah pengeluaran dan sasaran jualan tidak mempunyai hubungan langsung kerana Perodua mengekalkan bekalan stok minimum 0.5 bulan lantas menjelaskan mengapa unjuran jumlah pengeluaran adalah 16,000 unit lebih tinggi daripada sasaran jualan Perodua 2023 sebanyak 314,000 unit.

Baca: Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030!

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 03

Toyota Veloz berharga RM 19,500 lebih mahal daripada Perodua Alza, yang berasaskan Avanza. Harga tambahan tersebut memberi anda:

  • Fender depan yang lebih menonjol
  • Bampar depan yang berbeza
  • Lampu DRL LED
  • Lampu belakang LED lebar jalur penuh
  • Rim 17-inci
  • Rel bumbung berfungsi (sehingga 75 kg)
  • Jarak kelegaan tanah 30 mm lebih tinggi
  • Papan pemuka lapisan lembut
  • Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto
  • Pengecasan nirwayar Qi
  • Penyaman udara automatik
  • Pemegang pintu dalaman - atas tingkap
  • Lampu ambien LED
  • Stereng penyesuaian teleskopik

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 04

Sebagai model yang lebih mahal, jumlah jualan Veloz sudah tentu akan lebih rendah daripada Perodua Alza.

Bagi unjuran jumlah pengeluaran bagi model Perodua, tumpuan akan diberikan kepada Perodua Axia D74A 2023 serba baharu, yang akan dilancarkan dalam bulan ini.

Perodua peruntukkan hanya 3% pengeluaran kepada Toyota; sekitar 9.9k unit tahun 2023! 05

Sebagai model serba baharu, sambutan dijangka sangat menggalakkan justeru Perodua memperuntukkan 25 peratus daripada kapasiti pengeluarannya kepada hatchback segmen A ini.

Mengikuti rapat di belakang ialah Perodua Bezza (23 peratus) – model dengan senarai menunggu terpanjang, antara 6.5 hingga 9.5 bulan.

Perodua Myvi, yang kini mempunyai tempoh menunggu antara 5.5 hingga 7.5 bulan, akan mengambil 21 peratus peruntukkan.

Baki 31 peratus akan dibahagikan antara tiga model - Perodua Ativa (11 peratus), Perodua Alza (11 peratus), dan Perodua Aruz (6 peratus) yang perlahan.

Baca: 220k tempahan tertunggak, kos SST diserap untuk pelanggan yang tempah sebelum 30 Jun 2022 - Perodua

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda