window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali?

Mersita · Sep 26, 2021 10:00 AM

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 01

Walaupun Perodua Rusa bukanlah model yang kerap dilihat seperti model-model Perodua yang lain (kecuali Nautica yang sememangnya tak laku), Rusa yang masuk produksi selama 11 tahun masih lagi dikenang-kenang oleh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 02

Rusa ialah model kedua keluaran Perodua selepas Kancil dan ia dibangunkan untuk memobilisasi golongan berpendapatan sederhana yang semakin berkembang pada masa dahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Van Rusa membuka peluang untuk warga Malaysia memulakan perniagaan dan ia juga dianggap sebagai contoh awal bagi MPV, walaupun Perodua memanggilnya sebagai MUV (Multi Utility Vehicle).

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 01

Walaupun Rusa amat popular dan penggunaannya meluas, Perodua belum pernah menghasilkan sebarang generasi baru untuk model ini.

Walaupun ada spekulasi dan lakaran yang dibuat oleh media tempatan, Perodua belum lagi mendedahkan sebarang rancangan untuk Rusa generasi kedua setelah 14 tahun produksinya dihentikan.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 02

Sebelum kita cuba untuk mencari jawapan kepada misteri kemunculan semula van buatan Malaysia pertama ini, mari kita imbas semula zaman kegemilangannya 25 tahun lalu.

Macam kapal angkasa lepas, tapi van Rusa rupanya!

Semasa pelancaran rasmi Perodua Rusa dijalankan pada 8 Mac 1996, Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata yang beliau terlibat dalam pembangunan reka bentuk van ini.

Menurut satu artikel diterbitkan oleh Associated Press, Tun M berkata yang beliau telah membentuk semula bahagian hadapan Rusa untuk membuatkannya “lebih menarik secara visual”.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 03

Samada benar atau tidak bahawa Tun M terlibat sekali dalam sesi perbincangan bersama pereka van ini, Rusa sebenarnya adalah model yang diambil berdasarkan Daihatsu Zebra Espass.

Zebra Espass ialah model generasi baru jenis aerodinamik kepada Zebra dan kedua-dua model ini dihasilkan secara eksklusif untuk pasaran Indonesia.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 04

Iklan Daihatsu Zebra dari tahun 1989 (Sumber)

Zebra generasi pertama adalah berdasarkan Hijet S80 series generasi ketujuh, tapi ia lebih besar dan lebih berkuasa dengan enjin 1.3 liter.

Model ini berserta Toyota Kijang memperkenalkan kenderaan 7 tempat duduk kepada warga Indonesia – satu perincian yang masih popular di kepulauan itu.

Apabila Zebra Espass diperkenalkan pada tahun 1995 di Indonesia, ia berjaya menarik minat ramai dengan reka bentuknya yang kemas dan beraerodinamik membulat.

Namun, tarikan utama bagi Espass yang dihebohkan menerusi iklan ialah kenderaan ini menawarkan keselesaan seperti sedan sambil mengekalkan ciri-ciri memudahkan seperti sebuah van.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 05

Di Malaysia pula, Rusa disasarkan kepada kumpulan pelanggan yang mahukan kenderaan mampu-milik bagi kegunaan perniagaan dan pengangkutan.

Walaupun ada yang tertanya-tanya mengapa Perodua melancarkan sebuah van sebagai model kedua syarikat itu, jawapannya ialah ia keputusan yang relevan dan rasional ketika zaman itu.

Perodua – Kekal setia dengan ideologi mobiliti untuk orang ramai

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 06

Pada tahun 90-an, ekonomi Malaysia sedang berkembang pesat dan disebabkan suasana ekonomi ini, ramai orang yang mahu memulakan perniagaan. Oleh itu, pengeluaran van yang mampu-milik di pasaran dianggap sebagai satu jalan penyelesaian terbaik bagi kegunaan golongan berpendapatan sederhana yang semakin berkembang di Malaysia.

Baca juga: Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 07

Rusa juga turut dilakar oleh kartunis nasional popular, Lat, selepas pelancarannya

Harga yang mampu-milik merupakan kekuatan terhebat Rusa, dimana ia dijual pada harga bermula dari RM 30,500 (lebih kurang RM 53,000 dalam nilai masa kini) bagi varian asas CX.

Pada mulanya, Rusa hanya boleh didapati dengan enjin SOHC 1.3 liter 4 silinder (73 PS/92 Nm) dalam ketiga-tiga varian yang ditawarkan iaitu CX (van panel 2 tempat duduk untuk kegunaan komersial), EX (5 tempat duduk), dan juga GX (7 tempat duduk).

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 08

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan yang memacu roda belakang. Varian automatik tidak pernah ditawarkan dan ini memberi kesan kepada jualan terutama dikalangan penduduk bandar.

Enjin ini dipasang di bawah tempat duduk penumpang, lebih kurang seperti van cabover yang konvensional.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 09

Kemudian, Rusa didatangkan lagi dengan enjin 1.6 liter yang lebih berkuasa, diperkenalkan pada 14 Mei 1997. Enjin ini ditawarkan hanya untuk varian paling tinggi iaitu GX, namun ia tidak sama ‘padu’ seperti di Indonesia.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 10

Zebra Espass dengan enjin 1.6 liter dipanggil sebagai Espass Supervan dan ia didatangkan standard dengan “rim racing”. Enjin SOHC ini yang terdapat dalam Espass Supervan dan Rusa GX mampu menjana kuasa kuda 82 PS dan tork 115 Nm.

Van moden untuk Malaysia moden

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 11

Perodua Rusa sememangnya ‘meletup-letup’ sambutannya di Malaysia. Dalam masa hanya beberapa hari selepas van itu dilancarkan, ribuan rakyat Malaysia menyerbu bilik-bilik pameran Perodua di seluruh negara untuk melihat MUV futuristik ini dengan mata sendiri.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 12

Ramai yang kagum dengan rekaan aerodinamiknya yang moden dan menarik, cukup berbeza dengan pesaingnya yang berbentuk kotak seperti Suzuki Carry dan Daihatsu Hijet. Tahap keselesaannya dan papan pemuka ala-sedan juga menjadi titik tarikan dikalangan pembeli.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 13

Rusa berjaya membuktikan kebolehannya sebagai MUV. Ia digunakan oleh keluarga untuk percutian dan rekreasi, ahli perniagaan untuk tugas seharian dan penghantaran, dan juga oleh badan-badan kerajaan termasuklah jabatan bomba dan polis.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 14

Rusa diberi naiktaraf sepanjang produksinya yang berlangsung selama 11 tahun, dan naiktaraf yang paling besar diperkenalkan pada tahun 2003.

Van ini diberi ‘gril’ Perodua di antara lampu hadapannya supaya ia nampak padan dengan barisan model-model lain disamping cat badan dwi-tona serta rekaan rim aloi baharu bagi varian GX.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 15

Malangnya, pada masa ini, daya tarikan Rusa sudah semakin kusam. MPV dijual pada harga yang semakin rendah dan walaupun ahli-ahli perniagaan masih berminat dengan Rusa, jangka hayat van ini semakin hampir ke penghujungnya.

Pada tahun 2007, Perodua menghentikan produksi MUV ini yang memobilisasikan rakyat Malaysia sepanjang tahun 90-an dan awal 2000-an.

Baca juga: MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Satu-satunya model Daihatsu di Malaysia = ada potensi ‘rebadge’ untuk Perodua?

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 16

Namun, masa Rusa belum berakhir setakat itu. Pewarisnya ialah Daihatsu Gran Max dan van ini menawarkan harga yang mampu-milik kepada ahli-ahli perniagaan kita.

Jika dibandingkan dengan Nissan NV200 yang lebih mahal dan beberapa model Suzuki Carry ‘celup’ keluaran China, Gran Max ialah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk pengusaha perniagaan kecil.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 17

Gran Max ada satu versi lain di Indonesia yang lebih sesuai untuk pemilik persendirian, dipanggil Daihatsu Luxio.

Sama seperti Gran Max, ia dikuasakan dengan enjin 1.5 liter yang sama dan mampu menjana 97 PS dan 134 Nm. Enjin ini dipadankan samada dengan kotak gear manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan yang memacu roda belakang.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 18

Model facelift membuatkannya tampak seperti Alphard mini, akan tetapi ruang dalamannya cukup ringkas dan ‘basic’. Ia boleh memuatkan sehingga 8 orang, maka anda boleh dapatkan kapasiti tempat duduk yang lebih kurang sama dengan MPV mewah itu namun dengan harga yang lebih rendah. Pilihan ubahsuai cukup banyak, namun kelengkapan keselamatannya tak banyak – tiada beg udara, apatah lagi ABS.

Walaubagaimanapun, Gran Max spesifikasi Malaysia dilengkapi dengan dua beg udara untuk penumpang dan pemandu, disertakan sekali dengan ABS.

Perodua Rusa, jentera harapan peniaga dan keluarga Malaysia satu ketika dulu. Patutkah ia kembali? 19

Bayangkan; kalaulah Perodua membawa masuk model ini sebagai pengganti Rusa yang ditunggu ramai, adakah anda rasa ia akan membawa kepada kenaikan semula populariti MUV asal, ataupun ia tak cukup ‘ngam’ dengan barisan model-model Perodua yang lain? Jom kongsi pendapat anda di ruangan komen FB WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda