window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan!

Haris · Jan 26, 2022 02:00 PM

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 01

Walaupun Perodua menamatkan tahun 2021 sebagai pengeluar kenderaan nombor 1 di Malaysia, ia sebenarnya gagal untuk mencapai sasarannya yang diletakkan pada awal tahun.

Oleh yang demikian, tahun 2022 ini akan lebih tertumpu kepada pemulihan jualan, di mana Perodua menyasarkan bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukannya di puncak tetapi juga untuk meningkatkan pengeluaran dan jualan.

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada sidang media perkongsian prestasi perniagaan tahun 2022 baru-baru ini, Perodua mengumumkan sasarannya untuk mengeluarkan 265,901 unit pada 2022, 37% lebih tinggi daripada tahun 2021 yang menyaksikan 193,400 kenderaan dikeluarkan.

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 01

Perodua menyasarkan 67,000 unit Perodua Myvi akan dikeluarkan - sebagai peneraju jualan, merangkumi 26% daripada keseluruhan barisan. Ini diikuti oleh Bezza (24%), Axia (23%), Ativa (12%), Alza (9%), Aruz (5%), dan lain-lain (1%).

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 02

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, peningkatan dalam pengeluaran akan menyebabkan pertumbuhan dalam sektor alat ganti automotif sumber tempatan pula sebanyak 41.5% kepada RM 7.5 bilion berbanding RM 3.5 bilion yang dibeli pada 2021.

"Pemulihan ini akan membantu industri pulih lebih cepat kerana permintaan untuk kenderaan masih kukuh," katanya.

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 03

Selain itu, Perodua juga menjangka untuk meningkatkan pegangan pasarannya kepada 40.6% pada 2022 dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan.

Sasaran tersebut berbeza dengan anggaran 610,000 jumlah industri (TIV) - menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA) serta peningkatan 37.4% pegangan pasaran berbanding 2021. Angka jualan dan angka pengeluaran tersebut adalah sasaran tertinggi Perodua dalam sejarah.

Baca: Jualan kereta baru di M’sia pada 2021 dijunamkan Myvi, tapi distabilkan oleh Hilux dan Triton

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 04

Perodua sangat positif dengan sasaran tersebut untuk tahun 2022. Dato’ Zainal turut berkata bahawa Perodua melihat jaminan kerajaan bahawa langkah-langkah membendung wabak Covid-19 menunjukkan sinar harapan di samping Perintah Kawalan Pergerakan tambahan berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 05

Beliau juga menjelaskan bahawa inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan kerajaan masih merupakan insentif yang sangat baik untuk pengguna membeli kereta baharu.

“Senarai tempahan kami untuk kenderaan baharu masih agak sihat dengan jaminan bahawa pengeluaran akan berjalan tanpa gangguan, bermakna kami dapat memenuhi tempahan tertunggak tepat pada masanya,” kata Dato’ Zainal.

Baca: Bajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 06

Berikut ialah pecahan model Perodua yang dijual pada tahun 2021:

Angka jualan Perodua tahun 2021
Model Unit
Perodua Myvi 47,525
Perodua Axia 43,080
Perodua Bezza 42,698
Perodua Ativa 26,847
Perodua Aruz 15,313
Perodua Alza 14,828

Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan! 07

Sejak dilancarkan pada November 2021 lalu, Perodua telah menghantar 7,055 unit Perodua Myvi facelift baharu kepada pelanggannya dengan 31,154 unit tempahan sudah ditempah oleh pembeli.

Baca: Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda