window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua tak akan naikkan harga walaupun nilai tukaran Ringgit rendah, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022

Haris · Sep 27, 2022 05:00 PM

Perodua tak akan naikkan harga walaupun nilai tukaran Ringgit rendah, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022 01

Perodua sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga kenderaan mereka, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022.

Semasa sidang media di majlis penyerahan Perodua Ativa Hibrid, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sekali lagi mengesahkan bahawa tiada kenaikan harga untuk sepanjang tahun ini walaupun nilai tukaran Ringgit lemah dan kenaikan harga bahan mentah seperti keluli menjadi isu terbesar pengeluar kenderaan ketika ini.

Perodua tak akan naikkan harga walaupun nilai tukaran Ringgit rendah, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Untuk tahun ini, kami tidak akan menaikkan harga. Terutama bagi mereka yang menempah kenderaan mereka di bawah skim pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan Penjana,” tegasnya.

Hal ini sebahagiannya disebabkan oleh kandungan bahan tempatan yang tinggi pada model Perodua. Selain Perodua Ativa Hibrid, semua kereta Perodua lain mempunyai sehingga 95 peratus kandungan bahan tempatan.

Oleh yang demikian, Perodua tidak terjejas teruk oleh kesan pertukaran mata wang asing yang lemah.

Perodua tak akan naikkan harga walaupun nilai tukaran Ringgit rendah, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022 01

“Disebabkan oleh kerana kandungan bahan tempatan yang tinggi, impak mata wang itu tidak meninggalkan kesan besar kepada keuntungan dan harga jualan kami. Berdasarkan pertukaran mata wang semasa, saya percaya kami masih mampu menguruskan kesannya walaupun Ringgit telah jatuh ke paras terendah berbanding Dolar Amerika.

"Barang-barang import kami hanya menyumbang lima peratus daripada kos tempatan, jadi kesan mata wang itu hanya kurang daripada satu atau dua peratus," sambungnya.

Baca: Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat

Perodua tak akan naikkan harga walaupun nilai tukaran Ringgit rendah, sekurang-kurangnya untuk tahun 2022 02

Bagaimanapun, Datuk Seri Zainal Abidin turut menyatakan bahawa keadaan mungkin berubah pada tahun 2023 kelak.

"Kami perlu mengkaji betapa besar kesan kenaikan harga barang dan bagaimana kita akan berkongsi beban dalam keseluruhan ekosistem."

Baca: Pemegang saham Perodua waspada tahun sukar 2023 - lebih 250k tempahan tertunggak, kebanyakannya Alza!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda