window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

Faisal · Jan 10, 2022 04:00 PM

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 01

Perodua sebentar tadi baru sahaja mengalu-alukan inisiatif Baucar Diskaun Automotif oleh kerajaan. Bagi anda yang belum tahu, ia merupakan sebahagian daripada program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini dan baucer tersebut akan diterima untuk pemilik melakukan pembayaran.

Pada 7 Januari yang lalu, Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 bagi membantu rakyat Malaysia terutama pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baucar diskaun automotif ini boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif ialah pada 31 Mac 2022, dan pemilik kenderaan boleh menebus baucar di pusat-pusat servis sah bagi syarikat-syarikat automotif yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 01

Potongan terus akan dibuat daripada jumlah kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

“Sehingga 10 Januari 2022, sebanyak 1,987 kenderaan Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis Perodua yang terletak di seluruh Malaysia untuk penilaian dan setakat ini 323 unit telah dibaikpulih,” kata Dato’ Zainal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 02

"Malah, kami telah menyediakan hab pembaikan banjir di Shah Alam untuk membaiki dan memulihkan kenderaan Perodua yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini."

"Matlamat kami adalah untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir secepat mungkin kerana kami memahami bahawa para pelanggan kami benar-benar memerlukan kenderaan Perodua mereka untuk kegunaan harian," kata Dato' Zainal.

Perodua terima semua pembayaran baucar RM 1,000 dari Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 03

Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Perodua termasuk diskaun 50% untuk alat ganti standard, upah kerja percuma untuk semua penggantian dan pembaikan serta perkhidmatan tunda percuma boleh didapatkan melalui Perodua Auto Assist (24 jam) di talian 1800-88-5555 Perodua (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pelanggan Perodua juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di talian 1800-88-6600 untuk sebarang pertanyaan am.

Juga bacaBanjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda