window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max?

Mersita Β· Jun 24, 2020 11:02 AM

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 01

Mazda baru-baru ini menonjolkan Mazda BT-50 2020 terbaru pada dunia. Seperti yang sudah sedia maklum, BT-50 baharu ini kini dibina berdasarkan Isuzu D-Max 2020, sama seperti bagaimana trak yang dikeluarkan itu dibina berdasarkan Ford Ranger.

Sekilas pandang, tak mudah untuk kita melihat perbezaan antara kedua-dua trak ini dari segi rekaan. Hanya bila dilihat secara dekat baru anda dapat lihat kelainannya.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 02

Perbezaan paling ketara ialah bahagian hadapan trak ini. Berbanding gril baru yang tampak rugged dan DRL yang seperti merenung malas dipasang pada Isuzu D-Max, Mazda pula telah menukarnya kepada gaya yang tampak lebih canggih diinspirasikan daripada nilai rekaan Kodo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, BT-50 akan menayangkan gril yang serupa dengan Mazda CX-9 SUV 7 tempat duduk dengan lampu hadapan yang sepet sedikit serta DRL gaya samurai.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 01

Dari sudut sisinya, selain daripada garis bahu D-Max yang tajam, Mazda telah menghasilkan siluet yang lebih lembut dengan garisan yang mengalir untuk BT-50.

Tidak seperti generasi sebelumnya dimana Mazda telah mereka semula sepenuhnya bahagian lampu belakang untuk mencapai rupa yang lebih unik (tapi tak berapa praktikal), nampak gayanya Mazda tidak membuat begitu banyak perubahan pada bahagian belakang trak ini.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 02

Selain daripada lampu belakang yang merah kosong, bahagian belakang BT-50 berkongsi banyak persamaan dengan D-Max – hingga ke aspek rekaan garisannya.

Di bahagian dalamnya pula, Mazda mengekalkan gaya yang berkelas. Walaupun panel, kawalan penghawa dingin dan skrin sentuhnya adalah sama, Mazda telah memadatkan papan pemuka dengan elemen kulit yang lembut untuk menggantikan kemasan pada D-Max.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 03

BT-50 juga menonjolkan ruang udara penghawa dingin yang lebih besar. Stereng dan panel instrumen digital kekal sama seperti D-Max. Satu-satunya yang diubah ialah logo pada sterengnya.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 04

Imbas semula, BT-50 berkongsi enjin diesel 3.0 liter yang sama dengan Isuzu D-Max; enjin yang mampu menjana 190 PS dan 450 Nm. Kami saspek yang versi enjin Ddi BluePower 1.9 liter yang jimat minyak dan menjana 150 PS dan 350 Nm akan digunapakai bila BT-50 dilancarkan hujung tahun ini.

Isuzu D-Max 2020 juga telah dianugerahkan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Oleh itu, mungkin Mazda akan menyamakan skor keselamatan ini dengan memberi BT-50 sistem ADAS yang sama seperti D-Max.

Persaingan saudara: Mazda BT-50 2020 nampak lebih cantik dari Isuzu D-Max? 05

Mazda BT-50 berkongsi enjin diesel 3.0 liter yang sama dengan Isuzu D-Max

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda