window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD!

Haris ยท Jul 14, 2021 03:00 PM

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 01

Dalam satu surat terbuka kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali, pembekal alat ganti automotif telah merayu agar dibenarkan beroperasi. Rayuan tersebut dibuat selepas melihat industri ini  sebagai komponen penting dalam sektor pengangkutan.

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 02

Malaysia Used Vehicle Auto Parts Traders Association (Muvata) yang mewakili pengimport, pengeksport, pemborong dan peruncit alat ganti automotif terpakai dan sebagainya, telah memohon supaya industri automotif dibenarkan beroperasi dengan SOP yang lebih ketat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 01

Presiden Muvata, Lau Lee Chein, menyampaikan hasrat persatuan berkenaan yang meminta agar membuka semula peruncit alat ganti di kawasan PKPD dengan pekerja yang diberi vaksin secara minimum untuk "mengelakkan gangguan sepenuhnya terhadap rantaian bekalan logistik."

"Kami ingin menekankan bahawa daripada 323 anggota Muvata, hampir 50% daripada kami tertumpu di Selangor dan sangat terjejas oleh PKPD," katanya.

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 02

Pemantauan SOP ketat di kilang

Lau juga memohon untuk industri automotif beroperasi semuladi di bawah Fasa 1 Rancangan Pemulihan Pasional, di mana perniagaan dibuka terhad kepada kapasiti 10% pekerja.

“Sektor logistik dikategorikan sebagai sektor penting justeru ia memerlukan tugas-tugas servis, penyelenggaraan dan baik pulih untuk terus berjalan dengan lancar. Industri automotif tidak terhad kepada jaringan bekalan tempatan sahaja malah turut meliputi rantaian bekalan eksport.

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 03

"Penghentian bekalan alat ganti akan menyebabkan gangguan besar pada rantaian logistik. Sekiranya syarikat di sektor tertentu dibenarkan beroperasi, semua industri berkaitan juga harus beroperasi, jika tidak, rantaian sokongan dan bekalan akan runtuh,” katanya.

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 04

Gesaan untuk sektor automotif dibuka turut disuarakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) semalam yang meminta agar keseluruhan industri automotif dibuka kerana sedang ‘tenat’ akibat penutupan yang tidak berkesudahan.

Persatuan pembekal alat ganti rayu industri dibuka, 50% pembekal masih dalam PKPD! 05

Gangguan bekalan juga telah menjejaskan operasi perniagaan sektor automotif di seluruh Malaysia walaupun beberapa negeri telah bergerak ke Fasa 2 NRP. Negara mengalami kerugian sehingga RM 3.44 bilion sepanjang PKPD dijalankan pada bulan Jun 2021.

Bacaan Lanjut:

MAA rayu sektor automotif dibuka, bakal terjejas teruk akibat PKPD

Malaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021!

PKP: Senarai sektor kilang & komersial diberi pra-kelulusan untuk Fasa 2 PPN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda