Pertumbuhan positif bagi Mitsubishi Motors Malaysia, Xpander akan dilancarkan tak lama lagi

Mersita · Aug 04, 2020 07:00 PM

Mitsubishi Motors Malaysia melihat pertumbuhan positif dari segi jualan setelah pandemik COVID-19. Mitsubishi Triton merekodkan 22.2% pegangan pasaran dari Januari hingga Jun 2020. Trak pikap ‘double cab’ Mitsubishi buat masa ini berada di tempat pertama di Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Kami ingin lihat bagaimana prestasi Mitsubishi Xpander pula nanti.

Secara keseluruhan, pegangan pasaran Mitsubishi Malaysia bagi separuh-pertama 2020 telah meningkat 1.7% berbanding separuh-pertama 2019 iaitu 1.4%.

Dengan trend positif dalam angka jualan kereta Mitsubishi, kami sedang menunggu-nunggu ketibaan MPV 7 tempat duduk baru dari Mitsubishi, iaitu Mitsubishi Xpander. Dengan rupa paras Dynamic Shield yang agresif, Xpander ini akan bersaing dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz.

Dikuasakan oleh enjin 1.5 liter ‘naturally aspirated’ dengan 4 silinder yang menjana 105 PS/141 Nm, memacu roda hadapan melalui transmisi auto 4 kelajuan, ‘output’ Xpander ini berada dalam julat BR-V dan Aruz. Memandangkan Xpander lebih laris berbanding BR-V di Thailand, ini barangkali akan melangkaui prestasi jualan MPV segmen B Honda.

“MMM sangat teruja untuk menghadapi tahun hadapan yang menyeronokkan dengan pengenalan Mitsubishi Xpander. Crossover 7 tempat duduk ini akan memberikan kami asas yang kukuh untuk mengekalkan momentum jualan yang kuat sehingga hujung tahun ini. Permintaan dan kejayaan Mitsubishi Xpander baru di negara jiran ASEAN menggambarkan betapa sesuainya kereta ini untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan kami yakin Xpander yang mengagumkan ini akan memenangi hati rakyat Malaysia,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Samada Xpander ini akan memberi saingan hebat kepada pesaingnya atau sebaliknya, kita hanya perlu tunggu pelancarannya pada tahun ini.

Komen

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru