window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua

Zamil Syaheer · Jul 26, 2022 10:05 AM

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 01

SUV kompak Nissan Kicks telah menerima kemas kini pada pertengahan hayat model itu. I amula dijual di Jepun dengan sistem e-POWER generasi kedua, menandakan satu lagi kejayaan dalam pengembangan Nissan bagi portfolio kenderaan elektriknya.

Sejak ia dilancarkan di pasaran Jepun pada Jun 2020, Kicks telah menawarkan pengalaman pemanduan yang berkuasa namun tenang berkat rangkaian kuasa elektrik e-POWER. Kemas kini terbaru ini menggunakan enjin e-POWER generasi kedua yang menjanjikan kuasa 5 peratus lebih besar dan tork maksimum 7 peratus lebih tinggi.

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sistem e-POWER adalah hibrid siri, berbeza daripada sistem i-MMD Honda dan Toyota Hybrid Synergy Drive yang merupakan hibrid siri selari.

Dalam Kicks, enjin tidak memacu roda dan hanya digunakan sebagai penjana untuk mengecas bateri voltan tinggi yang seterusnya memacu motor elektrik. Sebagai perbandingan, hibrid siri selari memacu roda serta mengecas bateri voltan tinggi.

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 01

Untuk Nissan Kicks, sistem e-POWER bergantung pada enjin tiga silinder 1.2 liter yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik yang menghasilkan 129 PS dan tork 260 Nm.

Tambahan pula, memandangkan ia pada asasnya kenderaan elektrik, tiada penggunaan transmisi untuk menghantar kuasa ke roda hadapan. Selain itu, e-Pedal Step yang intuitif menghasilkan nyahpecutan lancar apabila pedal minyak dilepaskan, mengurangkan ketergantungan untuk brek dengan begitu kuat dalam keadaan pemanduan tertentu.

Kecekapan bahan api telah meningkat kira-kira 6.4 peratus berbanding Kicks sebelumnya, mengembalikan bacaan 23 km/liter.

Baca juga: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 02

Dengan trenkuasa yang dipertingkatkan, Nissan juga telah berjaya membuat kabin Kicks lebih senyap dengan mengurangkan frekuensi permulaan enjin pada kelajuan rendah.

Versi 4WD juga ditawarkan, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dalam pelbagai keadaan. Model e-POWER 4WD baharu menampilkan sistem 4WD elektrik.

Baca juga: Rebiu: Nissan Kicks e-Power 2020 dengan fungsi Satu Pedal, tawar pemanduan menyeronokkan?

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 03

Ciri keselamatan tidak diabaikan dengan pelbagai ciri standard pada semua varian. Ambil contoh, Intelligent Forward Collision Warning. Ia menggunakan sensor radar di bahagian hadapan kenderaan untuk mengesan jarak antara dua kereta di hadapan, serta kelajuan relatifnya. Jika sistem tersebut menentukan terdapat keperluan untuk memperlahankan kelajuan akibat pengurangan mendadak dalam kelajuan kenderaan di hadapan, ia memberi amaran kepada pemandu dan menyediakan sokongan untuk mengelak terjadinya perlanggaran.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri seperti sistem Intelligent Around View Monitor dan Intelligent Rear-view Mirror hanya tersedia pada lebih banyak varian premium.

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 04

Selain bahagian mekanikal, terdapat juga beberapa kemas kini lain. Selain kabin yang lebih senyap, penyegaran itu menyaksikan konsol tengah dan tombol gear yang lebih baik. Bagi model dengan dalaman dua tona, warna kuning air kini ditawarkan sebagai pilihan selain tan oren yang lebih menarik.

Kicks adalah jawapan Nissan kepada Honda HR-V, Proton X50, Toyota Corolla Cross, dan Hyundai Kona. Walaupun ia telah diacah untuk pasaran Malaysia, nampaknya penantian kita kekal berterusan.

Baca juga: Nissan Kicks e-Power diacah dalam iklan terbaru ETCM, petanda bakal hadir?

Pesaing Proton X50, Nissan Kicks 2022 facelift mula dijual di Jepun dengan enjin e-POWER generasi kedua 05

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Kicks International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda