window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km

Faisal Β· Feb 3, 2023 03:00 PM

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 01

Peugeot baru sahaja mengumumkan bahawa 3008 dan 5008 generasi baharu akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2023. Kedua-dua model akan mengutamakan pendekatan elektrifikasi yang mana ia akan diperkenalkan sebagai E-3008 dan E-5008.

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 02

Katanya, E-3008 akan didedahkan dahulu, kemudian barulah E-5008. Secara teknikal, E-3008 bakal menjadi model pertama Peugeot yang menggunakan platform STLA Medium. Kalau anda nak tahu, platform itu merupakan salah satu daripada 4 platform EV dari Stellantis Group. Menariknya, platform tersebut boleh memuatkan enjin pembakaran dalaman.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 01

Dengan penggunaan kapasiti pek bateri antara 87 kWj ke 104 kWj, jarak pandu buat E-3008 didakwa mencapai 700 km. Selain itu, tiga trenkuasa elektrik akan ditawarkan, termasuklah varian yang ada dua motor. Mengenai E-5008 pula, butirannya masih belum didedahkan.

Untuk makluman anda, Peugeot juga akan memperkenalkan teknologi hibrid sederhana (MHEV) 48V dan antara model yang berpotensi mendapat trenkuasa itu adalah 208, 2008, 308, 3008, 5008 dan 408.

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 02

Sistem yang dipanggil sebagai Peugeot Hybrid 48V ini mengandingkan enjin petrol PureTech (100 PS atau 136 PS) dengan transmisi DCT 6 kelajuan (E-DCS6). Di antara kedua-dua komponen pula ada motor elektrik berkapasiti 21 kW.

Dengan adanya sistem MHEV, Peugeot mendakwa 15% pengurangan dari segi penggunaan petrol. Menariknya, sistem MHEV ini boleh dipandu secara elektrik penuh tetapi sejauh 1 km sahaja.

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 03

Ulas syarikat itu juga, setiap model tahun 2023 akan dielektrifikasi demi menuju ke arah EV penuh menjelang 2030. Buat masa ini, model EV yang Peugeot ada terdiri daripada E-208, E-2008 dan E-308. Dalam tahun ini nanti akan ditambah dengan model E-408.

Juga bacaPeugeot 408 dipamerkan di Singapura - bakal menggiurkan rakyat Malaysia kalau tiba di pasaran

Peugeot 3008 & 5008 generasi baharu akan debut pada H2 2023, ada varian EV berjarak 700 km 04

Di Malaysia, Peugeot E-2008 dijangka membuat pelancaran dalam tahun ini. Mengenai generasi sekarang, 3008 dan 5008 masing-masing ditawarkan pada harga RM 167,288 dan RM 182,388. Sementara generasi baharu beransur, anda boleh lihat video rebiu kami di bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Peugeot 3008 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia