window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia

Faisal · Jul 20, 2021 06:00 PM

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 01

Kereta buatan Perancis sebenarnya agak popular di Malaysia. Antara jenama yang laris sejak dahulu kala ialah Peugeot, terutama di era 80-an dan 90-an.

Kalau anda nak tahu, sambutan sewaktu zaman kegemilangannya telah berikan saingan yang sengit terhadap jenama-jenama dari Jepun.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam banyak-banyak model, Peugeot 405 yang pernah wujud di tanah air kita telahpun dianggap sebagai ikon. Tetapi atas sebab apa? Pasti ada penjelasan yang logik kan? Mari kami ceritakan empat sebab kenapa sedan segmen D buatan Perancis ini begitu laris di Malaysia.

1. Reka bentuk oleh Pininfarina

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 01

Ilustrasi Peugeot 405 sewaktu peringkat pembangunan.

Seperti yang anda tahu, imej sering menjadi keutamaan rakyat Malaysia dan benda yang paling menyerlah pada Peugeot 405 ialah rupa parasnya. Untuk maklumat anda, sedan ini direka bentuk oleh Pininfarina, iaitu pereka terkenal dari Itali. Lihat sahajalah profil dan garisan yang diterapkan pada badan sedan ini.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 02

Untuk sesuatu di era 80-an ke 90-an, aura yang ada pada penampilan Peugeot 405 mempunyai satu unsur karisma yang cukup lain daripada yang lain. Uniknya, sedan ini direka oleh insan sama yang mereka bentuk Alfa Romeo 164. Secara tidak langsung, kedua-duanya kelihatan hampir sama sewaktu dijual di pasaran kita.

2. Harga yang menarik

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 03

Peugeot 405 bersaing dengan sedan segmen D seperti Honda Accord ataupun Nissan Cefiro tetapi MBF-Peugeot Sdn Bhd, iaitu pengedar Peugeot di Malaysia ketika itu menjualnya dalam lingkungan RM 76k - RM 96k sahaja.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 01

Pada waktu itu, julat harga ini adalah sama dengan Honda Civic dan Toyota Corolla yang mana kedua-duanya merupakan sedan segmen C. Malah, Proton Perdana turut dijual dalam julat harga yang sama. Tidak cukup dengan itu, rakyat Eropah juga menganggapnya sebagai pesaing kepada BMW 3 Series yang mana ia bermula pada RM 148k kalau diikutkan harga di Malaysia ketika itu.

3. Pengendalian yang mantap

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 02

Menjadi kereta Eropah, Peugeot 405 mempunyai karakter pengendalian yang jauh lebih mengagumkan berbanding pesaing-pesaing dari Jepun. Antara sebabnya ialah penggunaan suspensi elektronik yang mana ia ditawarkan pada varian atas. Untuk sedan eksekutif yang berharga tidak sampai RM 100k, pengalaman pemanduan ala sportsedan yang diberi oleh Peugeot 405 sememangnya tiada tandingan buat masa itu.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 03

Bercakap mengenai pemanduan, talaan casis dan suspensi yang mantap pada sedan ini turut disokong oleh trenkuasa yang dianggap canggih pada zamannya. Di Malaysia, Peugeot 405 varian SR datang dengan enjin petrol 1.9L jenis karburetor. Ia menghasilkan 110 PS. Enjin pada varian SRI pula menggunakan sistem suntikan bahan api. Disebabkan itu, ia berupaya menghembuskan sehingga 125 PS. Rakyat Malaysia ketika itu boleh memilih samada mahu transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.

4. Interior yang berkualiti tinggi

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 04

Walaupun Peugeot dianggap sebagai jenama bukan premium, kualiti bahagian dalam Peugeot 405 tetap luar biasa. Menariknya, perumah kluster instrumen dan bahagian konsol tengah turut direka oleh Pininfarina. Mutu binaan kabin ini juga setanding dengan pesaing di segmen premium seperti BMW 3 Series yang ada di zaman itu.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 05

Malah, tahap keselesaannya setaraf dengan Mercedes-Benz C-Class W201 yang ada di pasaran Malaysia ketika itu. Antara sebabnya ialah tempat duduk luas yang selesa dan suspensi yang cukup empuk.

Konklusi

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 06

Kredit: Ben Kaarl.

Jadi, inilah empat sebab utama kenapa Peugeot 405 begitu laris di Malaysia. Saya sendiri pernah ada pengalaman dengan Peugeot 405 tetapi sebagai penumpang sahaja. Sejujurnya, kredibiliti yang dimiliki oleh Peugeot 405 agak mengejutkan.

Peugeot 405 – legenda kereta Perancis, ini 4 sebab kenapa ia ‘laku keras’ di Malaysia 07

Evolusi kereta segmen D Peugeot.

Karakter dan jiwa yang ada pada ikon kereta Perancis ini agak sukar untuk ditandingi, lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan sewaktu keluarannya. Malah, ia pernah dianggap sebagai BMW 5 Series versi bajet. Oleh itu, tidak hairanlah dengan jualannya yang kekal teguh sehingga ke hari ini.

Juga bacaPeugeot 405 kereta segmen D ke-12 terlaris di dunia tahun 2020, pelik bin ajaib?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda