window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE

Haris ยท Nov 10, 2021 09:44 AM

PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE 01

Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meluluskan untuk menukar armada kenderaan rasmi daripada Proton Perdana 2.4 kepada Toyota Vellfire 2.5 semasa mereka di tampuk pemerintahan, ujar bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng semalam.

Ahli parlimen DAP itu menggesa kerajaan supaya telus mengenai kontrak sewa kenderaan rasmi, berikutan keputusan Kementerian Kewangan untuk menyewa model yang diketahui berharga jauh lebih mahal dalam pasaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE 01

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meluluskan mahupun mengumumkan pertukaran kenderaan rasmi menteri daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.

“Ini bercanggah dengan kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini bahawa cadangan menggantikan Proton Perdana dengan kenderaan lain seperti Vellfire telah dipertimbangkan oleh kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan PH telah mengumumkan pada 10 Januari 2020 bahawa kerajaan akan kekal dengan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri persekutuan dan pegawai kanan kerajaan, sebagai respons terhadap spekulasi bahawa kenderaan rasmi kerajaan akan bertukar kepada Toyota Vellfire.

PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE 02

Lim menggambarkan bahawa khabar angin itu tersebar kerana terdapat desas-desus bahawa pemimpin PH telah mempertimbangkan untuk membuat perubahan selepas firma yang membekalkan kenderaan telah kehabisan stok sejak pengeluaran Proton Perdana dihentikan pada tahun 2014.

Toyota Vellfire ditawarkan sebagai alternatif ketika itu, namun ia tidak diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Bagan itu turut menyifatkan model Toyota Vellfire 2.4 sebagai “mewah" dalam kenyataannya yang mengkritik penjelasan penggantinya.

PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE 03

Sebelum ini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa keputusan pertukaran KRJ (Kenderaan Rasmi Jawatan) dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan bulanan Toyota Vellfire 2.5 yang lebih rendah dari kos sewaan bulanan Proton Perdana 2.4 Premium.

Model Proton Perdana Toyota Velfire
Kos Sewaan Sebulan RM 4,854.41 RM 4,851.61
Penjimatan Kos RM 2.80

Kerajaan turut mendakwa bahawa penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Toyota Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Baca: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda