window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

P-hailing lain caj 'kaw-kaw' tapi AirAsia Ride nak kekalkan harga tambang adil!

Haris ยท Jun 2, 2022 11:00 AM

P-hailing lain caj 'kaw-kaw' tapi AirAsia Ride nak kekalkan harga tambang adil! 01

Sekiranya anda merupakan antara pengguna e-hailing belakangan ini, pastinya anda akan perasan mengenai kenaikan harga tambang yang memaksa anda untuk mencari alternatif lain.

Sehubungan dengan itu, penyedia p-hailing yang terbaru dalam pasaran, AirAsia Ride sedia memberi komitmen untuk mengekalkan harga tambang adil untuk pengguna yang sedia menggunakan perkhidmatan itu.

Dalam satu laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes,  berkata matlamat syarikatnya adalah untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menjadikannya berpatutan untuk semua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

P-hailing lain caj 'kaw-kaw' tapi AirAsia Ride nak kekalkan harga tambang adil! 01

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengekalkan visi itu dan  seterusnya memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang.

"Kami akan terus memastikan harga tambang yang adil. Kami juga mahu menjadi nombor satu dalam e-hailing," katanya pada Rumah Terbuka AirAsia Ride.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan juga dipetik berkata pihaknya akan sentiasa menawarkan tambang yang berpatutan dan adil untuk pemandu dan pelanggan.

P-hailing lain caj 'kaw-kaw' tapi AirAsia Ride nak kekalkan harga tambang adil! 02

"Polisi tambang AirAsia Ride akan kekal seperti sebelum ini. Kami tidak akan 'menghukum'  penumpang kami untuk membayar dua atau tiga kali ganda daripada harga tambang biasa mereka walaupun terdapat kekurangan pemandu dalam perkhidmatan.

"Kami sentiasa percaya bahawa tambang yang dikenakan haruslah berpatutan dan adil untuk kedua-dua pemandu dan penumpang untuk mencapai situasi menang-menang.

"Kami akan memastikan kenaikan harga tambang akan dapat menampung masa tambahan dalam trafik untuk pemandu semasa waktu puncak, jika ia berlaku," katanya.

P-hailing lain caj 'kaw-kaw' tapi AirAsia Ride nak kekalkan harga tambang adil! 03

Antara kejayaan AirAsia Ride yang baru sahaja ditubuhkan sekitar setahun yang lalu adalah ia kini mempunyai sehingga 30,000 pemandu berdaftar serta sudah mencapai 1 juta penumpang dalam tempoh masa tersebut.

Pemandu AirAsia Ride kini berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 90 peratus untuk penerbangan Tanpa Had AirAsia, pendapatan bulanan sehingga RM4,000 sebulan dan insentif tambahan sehingga RM200 seminggu.

Airasia Super App juga memberi potongan istimewa sebanyak RM5 kepada penumpangnya untuk 10 kilometer pertama bagi perjalanan di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Baca: Pilihan pemandu wanita, bantuan untuk pemandu baru ditawarkan di AirAsia Ride

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda