window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun?

Faisal · Aug 13, 2022 04:00 PM

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 01

Di Malaysia, harga jualan semula (resale value) adalah antara keutamaan pembeli kenderaan. Kalau difikirkan bab itu sahaja, Toyota selalunya akan jadi pilihan utama. Tetapi untuk segmen B dan C, tinjauan kami mendapati bahawa jenama Honda sebenarnya ada sedikit lebih dari segi harga jualan semula.

Juga baca‘Resale value’ sedan segmen B – City dan Vios ‘king’, tapi Almera lagi teruk dari Vento?

Bagaimana pula dengan trak pikap? Memandang Honda di Malaysia tiada model trak pikap, mari kita bandingkan kadar kesusutan harga untuk Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton, khususnya selepas 5 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk lebih adil, kami akan bercakap mengenai varian automatik teratas buat ketiga-tiga calon ini.

Toyota Hilux – adakah ini raja harga jualan semula?

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 01

Untuk ‘Hailak’, mari kita ambil varian 2.4G AT dan 2.8G AT.

Kadar susut harga untuk Toyota Hilux 2.4 AT 2017
Harga sewaktu baru RM 116,300
Purata harga terpakai RM 100,000
Harga yang dikekalkan 85 %

Pada tahun 2017, Hilux 2.4G AT ditawarkan pada harga RM 116,300. Berdasarkan tinjauan dalam pasaran terpakai, harga Hilux 2.4G 4x4 AT berusia 5 tahun berada dalam julat RM 100k. Kiranya, dalam masa 5 tahun, Hilux 2.4G mampu mengekalkan 85% daripada nilai asal.

Kadar susut harga untuk Toyota Hilux 2.8 AT 2017
Harga sewaktu baru RM 130,900
Purata harga terpakai RM 106,000
Harga yang dikekalkan 79 %

Untuk varian 2.8G 4x4 AT pula, harga sewaktu baru dulu adalah RM 130,900. Untuk unit terpakai yang berusia 5 tahun pula, harganya berada dalam lingkungan RM 106k. Secara matematik, Hilux 2.8G boleh mengekalkan 79% daripada harga asal.

Juga bacaMitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max - perbandingan trak pikap 3 penjuru!

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 02

Isuzu D-Max - pilihan paling berbaloi dengan harga

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 03

Isuzu Malaysia setelah saban tahun telah memperkenalkan pelbagai varian D-Max tetapi kita akan fokus pada varian teratas Z-Prestige sahaja.

Kadar susut harga untuk Isuzu D-Max 2.5 2017
Harga sewaktu baru RM 116,517
Purata harga terpakai RM 82,000
Harga yang dikekalkan 66 %

5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2017, D-Max 2.5 Z-Prestige ditawarkan pada harga RM 116,517. Sekarang ini, harganya telah turun kepada RM 82k. Ini bermakna D-Max hanya mampu mengekalkan 66% daripada nilai asal.

Kadar susut harga untuk Isuzu D-Max 3.0 2017
Harga sewaktu baru RM 124,312
Purata harga terpakai RM 84,000
Harga yang dikekalkan 62 %

Untuk model cc lagi besar iaitu D-Max 3.0 Z-Prestige pula, varian ini pada tahun 2017 ditawarkan pada harga RM 124,312. Unit yang telah berusia 5 tahun pula berharga sekitar RM 84k, kiranya 62% daripada nilai asal.

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 04

Juga bacaIsuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw?

Mitsubishi Triton – kurang dipandang tapi serba padu?

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 05

Untuk perbandingan ini, kita akan ambil Triton VGT Adventure dan VGT Adventure X.

Kadar susut harga untuk Mitsubishi Triton 2.4 Adventure 2017
Harga sewaktu baru RM 123,130
Purata harga terpakai RM 88,000
Harga yang dikekalkan 67 %

Sewaktu baru, Triton Adventure VGT berharga RM 123,130. Unit terpakai yang berusia 5 tahun pula berada dalam lingkungan RM 88k. Secara teknikal, Triton berupaya mengekalkan 67% daripada nilai asal.

Kadar susut harga untuk Mitsubishi Triton 2.4 Adventure X 2017
Harga sewaktu baru RM 130,900
Purata harga terpakai RM 95,000
Harga yang dikekalkan 69 %

Untuk Triton Adventure X VGT yang asalnya berharga RM 130,900 pula, unit yang berusia 5 tahun kini berharga sekitar RM 95k, kira-kira pengekalan 69% daripada harga asal.

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 06

Juga bacaRebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Konklusi – nak jual Hilux takkan rugi sangat tetapi D-Max terpakai adalah pembelian paling berbaloi

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 07

Hilux berusia 5 tahun dapat mengekalkan 85% daripada harga asalnya.

Nampaknya, Toyota Hilux masih kekal sebagai raja resale value, siap mengalahkan Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton lagi.

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 08

Kalau anda pakai Hilux, pasti anda lega kalau dapat tahu bahawa model yang sudah berusia 5 tahun pun boleh mengekalkan 85% daripada harga asal.

Untuk anda yang ada D-Max atau Triton, usah risau kerana D-Max sendiri ada enjin turbodiesel yang luar biasa tahan. Triton pula memiliki tahap keselesaan, praktikaliti dan pengendalian yang boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya.

Juga bacaRingkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik?

Pikap terpakai: Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton - berapa 'resale value' lepas 5 tahun? 09

Kalau anda berminat dengan trak pikap terpakai, pergi sahaja ke laman Carsome. Yang bestnya, setiap pembelian akan lengkap dengan jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda