window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia?

Faisal · Jan 20, 2021 01:00 PM

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 01

Tuan-tuan dan puan-puan, inilah dia Pindad Maung! Ia merupakan kereta Humvee versi Indonesia yang akan diguna untuk badan pertahanan negara tersebut. Sebanyak 50 daripada 500 unit yang ditempah telahpun diterima oleh Tentera Nasional Indonesia.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 02

Untuk maklumat anda, Pindad Maung ialah kenderaan taktik ringan yang dibangunkan pada tahun 2018. Pasukan tentera Indonesia mahukan kereta gerakan yang ringan untuk kegunaan operasi dan rondaan. Seperti kenderaan taktik ringan yang lain, badan Pindad Maung dibangunkan secara modular supaya ia boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 01

Pindad Maung yang mempunyai berat hampir 2000 kg ini juga mempunyai sistem pacuan 4 roda. Uniknya, ia dikuasai oleh enjin diesel turbo 2.5L (149 PS, 400 Nm tork) yang diambil daripada Toyota Hilux. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 02

Menurut rakan kami di AutoFun ID, terdapat perancangan untuk menghasilkan versi yang lebih sesuai untuk kegunaan awam tetapi pelan itu ditangguh kerana Pindad hendak mengutamakan tempahan yang dibuat oleh Kementerian Pertahan Indonesia terlebih dahulu. Menurut CNN Indonesia, versi untuk kegunaan awam tersebut dijangka berharga dari RM 115k hingga RM 144k.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 03

Kereta Humvee Malaysia

Di rantau ini, bukan Indonesia sahaja yang hasilkan kereta Humvee sendiri. Untuk pengetahuan anda, Malaysia juga mempunyai kenderaan taktik ringan seperti Pindad Maung.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 04

Ia dikenali sebagai Weststar GK-M1. Jika anda nak tahu, kereta ini berada di bawah Jabatan Tentera dan Pertahanan oleh Weststar Group – syarikat disebalik jenama Maxus.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 05

Seperti Toyota Hilux generasi terdahulu kan?

Seperti Maung, GK-M1 turut dikuasai oleh enjin Toyota Hilux. Sekali pandang juga, ia mempunyai papan pemuka seperti Toyota Hilux generasi ketujuh.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 06

Sebagai kenderaan tentera, badannya direka untuk menampung pelbagai konfigurasi termasuklah komunikasi radio, ambulans, dan peluru berpandu. Setakat ini, Angkatan Tentera Malaysia memiliki sebanyak 88 unit Humvee.

Pindad Maung - Humvee tentera versi Indonesia, ada kembar di Malaysia? 07

Tidak seperti Maung, GK-M1 hanyalah untuk kegunaan tentera. Diantara kesemua kereta Humvee di rantau ASEAN, yang mana anda rasa paling gempak?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda