window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja

Faisal · Jun 15, 2021 11:00 AM

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja 01

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) telah menetapkan bahawa segala Perkhidmatan termasuk Perkhidmatan Bergerak tidak akan beroperasi sama sekali.

Juga bacaPKP 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021, kes harian masih tinggi

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja 02

Pemeriksaan e-hailing juga tidak terkecuali.

Walau bagaimanapun, mereka akan tetap menjalankan operasi Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services vehicles) yang mana ia melibatkan rentasan sempadan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja 01

Untuk maklumat awam, segala temujanji dengan PUSPAKOM dalam tempoh lanjutan PKP 3.0 iaitu bermula hari ini hingga 28 Jun akan dibatalkan. Apapun, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik.

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja 02

Pada masa yang sama, pengecualian saman akan diberi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk Kenderaan Perdagangan yang tidak hadir ke pemeriksaan PUSPAKOM dari 1 Jun – 31 Julai 2021. Tetapi pihak yang terlibat perlu kemukakan Surat Kebenaran Penangguhan Pemeriksaan yang diluluskan oleh JPJ.

PKP 3.0 – Perkhidmatan PUSPAKOM terhad kepada pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja 03

Secara keseluruhan, perlu dimaklumkan bahawa pengumuman PUSPAKOM susulan lanjutan PKP 3.0 ini adalah untuk mengekang wabak Covid-19.  Segala perubahan maklumat akan diumumkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Juga bacaSOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown'

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda