window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKP 3.0: Toyota hentikan sementara pengilangan dan jualan kecuali selepas-jualan, waranti dilanjutkan

Mersita ยท Jun 10, 2021 08:00 PM

PKP 3.0: Toyota hentikan sementara pengilangan dan jualan kecuali selepas-jualan, waranti dilanjutkan 01

UMW Toyota Motor (UMWT) telah menangguh operasi pengilangan serta jualannya buat sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K., berkata bahawa mereka mahu terus dibenarkan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan walaupun PKP ini dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelanggan masih boleh bergantung kepada mereka untuk masalah kerosakan dan kecemasan kenderaan mereka.

PKP 3.0: Toyota hentikan sementara pengilangan dan jualan kecuali selepas-jualan, waranti dilanjutkan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau juga menyatakan yang waranti bagi kenderaan dibeli dari UMW Toyota Motor atau dari mana-mana pengedar sah mereka akan diberi lanjutan selama 30 hari. Lanjutan ini adalah untuk waranti yang masih berjalan dan luput semasa tempoh pelaksanaan PKP. Lanjutan ini akan dikira bermula dari hari terakhir PKP.

Lonjakan jualan kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia yang menunjukkan 120 peratus peningkatan daripada tahun 2020 menjadi bukti bahawa pelanggan semakin yakin dalam pembelian mereka. Pelanggan juga mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hasil pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Baca juga: Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021

PKP 3.0: Toyota hentikan sementara pengilangan dan jualan kecuali selepas-jualan, waranti dilanjutkan 01

Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata: “Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan atas pengambilan langkah-langkah pencegahan bukan sahaja untuk melindungi rakyat Malaysia daripada pandemik, namun juga dalam pengenalan polisi kewangan dan industrial bagi memastikan pandemik ini tidak memberi impak terlalu serius terhadap ekonomi. Ini termasuklah lanjutan lagi sekali bagi pengecualian SST yang kami percaya telahpun terus-terusan menyumbang kepada pemulihan keyakinan belian dikalangan konsumer.”

Takeyama juga menambah yang industri automotif tempatan telah diselamatkan oleh kehadiran beberapa model-model baharu sepanjang tahun ditambah pula dengan insentif SST. Industri ini boleh terus maju walaupun berdepan cabaran akibat pandemik yang melanda.

PKP 3.0: Toyota hentikan sementara pengilangan dan jualan kecuali selepas-jualan, waranti dilanjutkan 02

Ravindran K. juga berkata bahawa mereka akan membangunkan lebih banyak program jualan dan selepas-jualan supaya pelanggan masih boleh menikmati penjimatan sepanjang masa sukar ini.

UMW Toyota Motor juga menggalakkan orang awam untuk kekal duduk di rumah, menjaga kesihatan diri serta sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain. Pelanggan juga boleh menarik nafas lega dengan ketersediaan sokongan dan bantuan sepanjang tempoh ini.

“Kepada semua anggota-anggota kesihatan kita dan mereka yang menjaga keamanan serta kesejahteraan dalam apa jua cara sekalipun, kami amat bersyukur dan terhutang budi kepada anda semua bagi khidmat tidak berbelah bahagi yang diberikan. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua,” tambah Ravindran K.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda